Sabtu, 2 Februari 2019

Diskaun tol di Lebuhraya Besraya, NPE, LEKAS

Bernama
Diskaun tol di Lebuhraya Besraya, NPE, LEKAS
Pemberian diskaun berkenaan akan berkuat kuasa bermula jam 12 tengah malam hingga 11.59 malam pada Selasa ini. - Bernama
 
 
KUALA LUMPUR: Pihak Pengurusan Divisyen Tol IJM menawarkan diskaun tol sebanyak 20 peratus untuk kenderaan kelas satu di tiga lebuh raya kendalian syarikat konsensi itu bersempena perayaan Tahun Baharu Cina, 5 Feb ini.

Diskaun tol tersebut melibatkan Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Baru Pantai (NPE) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) dan 10 peratus diskaun di Plaza Tol Ampangan di Lebuhraya LEKAS.
 
Ketua Pegawai Operasinya, Wan Salwani Wan Yusoff berkata pemberian diskaun berkenaan akan berkuat kuasa bermula jam 12 tengah malam hingga 11.59 malam pada Selasa ini.

"Pemberian diskaun ini adalah sebagai inisiatif tanggungjawab korporat sempena perayaan Tahun Baharu Cina bagi pengguna lebuh raya yang ingin mengambil kesempatan bercuti bersama keluarga," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Bagi pengguna yang ingin menuju ke selatan disaran menggunakan Lebuhraya LEKAS sementara ke pantai timur pula boleh menggunakan Lebuhraya Besraya melalui Plaza Tol Loke Yew untuk ke MRR2.

Pengguna lebuh raya juga boleh mengikuti Twitter @BESRAYAtrafik, @NPEtrafik dan @LEKAStrafik untuk merancang perjalanan. -- BERNAMA 
 
 

Tiada ulasan: