GEORGE TOWN: Polis menahan seorang peniaga kerana didakwa merogol
anaknya berusia 15 tahun sehingga remaja perempuan itu mengandung enam
bulan dalam kejadian di rumah mereka di Ayer Itam, di George Town.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata lelaki berusia 50
tahun itu ditahan di rumahnya semalam dan polis mendapat perintah reman
selama enam hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.
"Ibu mangsa yang mengesyaki suaminya melakukan perkara tidak senonoh
kepada anak mereka yang sudah tidak bersekolah itu membuat laporan
berhubung kejadian tersebut semalam.
"Ujian air kencing juga mendapati remaja perempuan itu mengandung dan
ekoran itu polis menahan lelaki berkenaan serta merampas telefon
bimbitnya untuk siasatan lanjut," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk
pemeriksaan lanjut dan mengesahkan remaja perempuan itu mengandung enam
bulan.
Anuar berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan dengan penahanan
bapa mangsa, polis percaya dapat menyelesaikan kes tersebut.
No comments:
Post a Comment