BERITA SEMASA
UMNO dan BN Kalah Keputusan Pilihanraya Umum ke 14 Jikalau Esok Pilihanraya! Ahmad Maslan VS Muhyiddin & Utusan!
Jika sebelum ini, Mahathir pernah
mengkritik Ahmad Maslan sebagai figura politik yang acapkali memberikan
kenyataan seperti tidak mengambarkan yang beliau adalah seorang Timbalan
Menteri kewangan Malaysia.
BACA SINI : Blog Ahmad Maslan Kena Hack. Ini Luahan Hati Rakyat Marhaen Kepada Kepimpinan Najib Razak!
Ahmad Maslan sememangnya dikenali
sebagai seorang pemimpin politik yang dilihat seperti tidak berfikir dua
kali setiap kali berkata-kata atau mengeluarkan kenyataan walaupun
pernah melaung-laungkannya sebagai seorang menteri yang mempunyai CGPA
3.85. Lebih kepada kenyataan menyanjung, memuja, membodek pemimpin di
atas atas nama survival politiknya.
Itu cukup dengan itu, Utusan Malaysia
menerusi tulisan Awang Selamat telah menegur dan memperingatkan Ahmad
Maslan supaya lebih cerdik ketika berbicara supaya rakyat Malaysia tidak
jelik mendenagar pandangan yang dikeutarakannya.
Walaubagaimanapun, Ahmad Maslan
kelihatan tidak berhenti apabila terus menghiburkan rakyat Malaysia
dengan lawak antarabangsa yang terbaru disebalik responbalasnya kepada
kenyataan terbaru Tan sri Muhyiddin Yaasin bahawa jikalau masalah 1MDB
dan budaya kepimpinan UMNO serta gerak kerja UMNO tidak berubah tidak
mustahil UMNO akan kalah Keputusan Pilihanraya Umum ke 14 jikalau
parlimen bubar pada esok oleh Datuk Seri Najib Razak.
Tapi kelihatan Ahmad Maslan yang cukup
lurus, dengan yakinnya menyanggah kenyataan nasib UMNO bagi keputusan
Keputusan Pilihanraya Umum ke 14 kerana katanya tidak ada apa yang perlu
dirisaukan kerana esok katanya mana bukan boleh berlaku Pilihanraya
umum ke 14. Ermmmm…..
P/S : Ahmad Maslan? What do you expect?
No comments:
Post a Comment