Terpulang Umno ambil tindakan terhadap Dr Mahathir, kata menteri
Ahli
Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Salleh Keruak (kiri) berkata
terpulang kepada parti untuk ambil tindakan terhadap bekas perdana
menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menyertai Bersih 4 semalam. –
Gambar The Malaysian Insider, Datuk Seri
Salleh Keruak menyerahkan kepada kepimpinan Umno sekiranya mahu
mengambil tindakan tatatertib terhadap bekas perdana menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad kerana menyertai perhimpunan Bersih 4 di Kuala Lumpur,
semalam.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno itu menjawab persoalan wartawan apakah
sebarang tindakan tatatertib akan dikenakan terhadap Dr Mahathir kerana
menyertai perhimpunan yang menetang kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.
"Terpulang kepada parti untuk ambil tindakan (terhadap Dr Mahathir),"
katanya pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Umno
Bahagian Sungai Besar pagi ini.
Beliau turut menyatakan kekesalannya dengan isteri Dr Mahathir, iaitu
Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang mengatakan Bersih 4 adalah perhimpunan
majoriti rakyat. "Perhimpunan Bersih 4 ini bukan perhimpunan majoriti rakyat," katanya kepada The Malaysian Insider.
"Perhimpunan Bersih ini, kalau dilihat sambutan bukanlah hebat sangat
kerana ia ditunjangi parti DAP sendiri. Mereka mempunyai motif politik
semata-mata".
Katanya, meskipun keadaan masih terkawal kerana tidak ada perkara yang
tidak diingin berlaku, ia masih lagi diisytiharkan haram oleh pihak
berkuasa.
"Walaupun masih terkawal, ia masih lagi perhimpunan polis. Saya ucapkan
tahniah kepada pihak polis kerana mengawal keadaan," katanya.
No comments:
Post a Comment