OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA
Timbalan
Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Salahuddin Ayub berkata, mereka
masih tidak dapat memastikan nama yang akan digunakan parti baharu
kerana ia hanya akan diputuskan dalam mesyuarat GHB yang berlangsung
pagi ini. – Gambar fail The Malaysian Insider,
Gerakan
Harapan Baru (GHB) akan mengumumkan parti baharu pukul 3 petang hari
ini sebelum ia dilancarkan secara rasmi pada 16 September ini sempena
Hari Malaysia. "Walaupun namanya bukan parti Islam selepas permohonan itu ditolak oleh
kerajaan, kami akan umumkan hari ini parti baharu kami," kata Timbalan
Pengerusi GHB Salahuddin Ayub kepada The Malaysian Insider.
Sehingga kini, tidak dapat dipastikan apakah nama yang akan digunakan
parti baharu ini kerana ia hanya akan diputuskan dalam mesyuarat GHB
yang berlangsung pagi ini.
Sebelum ini, GHB memutuskan namanya adalah Parti Amanah Rakyat atau singkatannya Amanah.
Mereka akan mengambil alih sebuah parti politik sedia ada namun ia
bukan parti Kita setelah pemegang jawatan parti berkenaan menolaknya
dengan membuat laporan polis.
Dua hari lepas, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penolakan permohonan untuk
mendaftarkan Parti Progresif Islam.
Zahid berkata, ini kerana nama agama termasuk Islam tidak dibenarkan
lagi digunakan kepada mana-mana parti politik kerana Islam untuk semua
bukan untuk parti tertentu sahaja.
Berbeza dengan penubuhan parti serpihan PAS sebelum ini, Hamim dan
Berjasa, parti baharu yang dirancang oleh GHB ini akan bersama
pembangkang bukannya kerajaan yang memerintah negara.
Proses penubuhan parti baharu ini juga dilihat lebih tersusun kerana
membentuk jawatankuasa melalui GHB di seluruh negara termasuk Sabah dan
Sarawak terlebih dahulu sebelum penubuhan parti.
GHB kini mempunyai penyelaras di semua peringkat negeri mahupun kawasan
Parlimen di seluruh negara. Ia terdiri daripada pemimpin PAS sebelum
ini yang sudah meletakkan jawatan.
No comments:
Post a Comment