LONDON – BRITAIN . Kerajaan Malaysia disarankan mendengar suara rakyat
melalui perhimpunan Bersih 4.0 yang berlangsung hari ini, kata Pengarah
Kempen Amnesty International, Josef Benedict.
"Kerajaan Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk menghormati suara
rakyat dalam mempraktikkan kebebasan bersuara dan membantah secara aman.
"Kekerasan dari pihak berkuasa hanya akan menyemai benih-benih
kebencian," kata beliau yang pernah menghadiri perhimpunan Bersih 3.0
pada 2012,” katanya yang dilaporkan Huffingtonpost.
Beliau juga menggesa supaya tindakan menyekat pembangkang dan pembela hak asasi perlu dihentikan.
"Sekarang sudah sampai masa untuk menghormati hak asasi manusia di Malaysia," jelasnya lagi.
Terdahulu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan penganjuran
perhimpunan Bersih 4.0 bukanlah bermotifkan rampasan kuasa tetapi lebih
kepada jaminan masa depan yang lebih baik kepada generasi akan datang.
[ARTIKEL BERKAITAN: Bersih 4.0 bukan untuk rampas kuasa]
"Rakyat sedang berdiri bukan kerana mendambakan jawatan menteri tetapi
demi kelangsungan masa depan anak-anak kita," kata Guan Eng dalam
perhimpunan itu, hari ini.
No comments:
Post a Comment