Keputusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk menyekat laman web mempromosikan BERSIH 4 mengundang reaksi negatif pelbagai pihak.
DAP mempersoalkan tindakan itu ketika seluruh dunia sedar bahawa perhimpunan itu akan diadakan tidak hanya di Kuala Lumpur tetapi 50 bandar lagi di seluruh dunia.
“Adakah SKMM mahu bertindak dan pura-pura himpunan BERSIH 4 di Kuala Lumpur tidak wujud, dengan menggelapkannya daripada sistem telekomunikasi?” soal pemimpin popular DAP Lim Kit Siang.
Lim berkata, kerajaan sepatutnya mengambil langkah berbeza dengan menambah baik perhubungan telefon di Kuala Lumpur yang dijangka sesak susulan kehadiran orang ramai.
SKMM hari ini memutuskan untuk menyekat laman web yang mempromosi, menyebarkan maklumat dan menggalakkan orang ramai menyertai BERSIH 4.
Dalam kenyataannya hari ini SKMM berkata perhimpunan tersebut boleh mengganggu-gugat kestabilan negara, dengan memetik kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Sementara itu Bernama melaporkan KDN menyatakan BERSIH 4 bergiat secara tidak sah dan mencetuskan kegelisahan serta membangkitkan kebimbangan orang.
Sementara itu, bekas timbalan menteri Datuk Saifuddin Abdullah turut mengkritik langkah itu.
“Mereka akan gunakan apa sahaja cara untuk hentikan BERSIH 4: sekat Internet, isytihar haram, ganggu. Terus berjuang BERSIH,” katanya.
No comments:
Post a Comment