HAZAWANI ARIFFIN
Dua penerjun udara membentangkan kain rentang Bersih di ruang udara Kansas. - Sedutan daripada YouTube
KUALA LUMPUR, Lain daripada yang lain. Ketika ribuan orang menyertai himpunan Bersih 4 dengan berarak ke Dataran Merdeka, seorang rakyat Malaysia yang berada di Amerika Syarikat menggunakan cara unik untuk menunjukkan solidaritinya terhadap Bersih 4.
Lelaki itu menzahirkan sokongannya kepada
Bersih 4 melalui aktiviti payung terjun bersama rakannya, dengan
membentangkan kain rentang Bersih di ruang udara Kansas.
Rakaman video lebih tiga minit itu dimuat
naik Teo Kwang Peng ke laman YouTube, bagi menunjukkan sokongan kepada
himpunan Bersih 4 yang berlangsung di Malaysia serta beberapa lokasi di
negara lain.
“Objektif utama di sebalik video ini
adalah untuk menambah kepelbagaian promosi Bersih kita dan sasaran saya
adalah kumpulan rakyat yang masih teragak-agak untuk menyertai himpunan
Bersih.
“Pergilah keluar menyertai Bersih. Dengan
ribuan saudara bersama, anda tidak perlu berganjak walau seinci pun dan
suara kita akan didengari,” katanya.
Keberanian pemuda itu terjun dari ketinggian 10,000 kaki di ruang udara, turut mendapat pujian pengguna media sosial lain.
“Anda sungguh berani!! Sangat bangga dengan kamu!” komen Venus Cassie.
“Terima kasih atas sokongan walau di mana
jua anda berada. Ini demi negara Malaysia ke arah lebih baik, untuk
generasi kita akan datang!” kata Ga Weng Yau.
Rakaman video itu diakhiri dengan
kata-kata daripada penerjun udara itu: “Saya KP Teo, saya berbangga
menjadi rakyat Malaysia dan salam Bersih dari udara Kansas, Amerika
Syarikat.”
Rakaman video itu telah ditonton 5,821 kali dan mendapat 104 like.
No comments:
Post a Comment