Oleh Mike Tan
BERSIH 4: Selepas dua hari yang sibuk dan padat, Bersih 4 akhirnya tamat. Secara kebetulan, hari ini adalah ulangtahun kemerdekaan, dan perarakan rasmi sedang berjalan.
Namun
ramai rakyat Malaysia mengadakan sambutan mereka sendiri semalam
dengan menyertai Bersih 4. Pemandangan kuning tersebar di sepanjang
Jalan Tun Perak dan kawasan sekitar Dataran Merdeka.
Ada ucapan berapi, sesi debat dan diskusi, dan malah konsert jalanan spontan. Tetapi yang paling penting, rakyat biasa hadir beramai-ramai dan bergaul sesama mereka, saling menyuarakan pandangan dan pendapat.
Dan mereka beramai-ramai menyambut ulangtahun kemerdekaan negara kita.
Merentasi
Laut China Selatan, warga Sarawak dan Sabah juga bersama-sama dan
menganjurkan perhimpunan sebagai sebahagian daripada inisiatif Bersih
4. Warga Sarawak berhimpung di ibu negeri mereka, Kuching dan ia
berjalan lancar tanpa masalah. Mereka melakukannya dengan begitu baik
sehigga membuat keputusan menamatkannya sehari lebih awal!
Malangnya
di Sabah, perhimpunan di Kota Kinabalu untuk hari kedua terpaksa
dibatalkan selepas polis menyekat laluan masuk ke tempat perhimpunan.
Selepas berbincang dengan polis, pengerusi Bersih Sabah Jannie
Lasimbang menamatkan program Bersih 4 KK.
Di Seluruh dunia, rakyat Malaysia turut mengadakan perhimpunan di pelbagai kota, dan berkongsi gambar dan kisahnya.
Dan kini selepas ia berakhir, masanya untuk membuat penilaian.
Jadi apakah langkah kita selepas ini?
Tidak
dapat dinafikan, penganjur Bersih 4 dan kumpulan yang berkaitan akan
bertemu untuk membuat strategi dan merangka langkah seterusnya. Boleh
jadi ada Bersih 5 pada masa hadapan.
Namun
bagi rakyat biasa yang menyertai Bersih 4 – terutama mereka yang kali
pertama – pengalaman dan pendedahan yang mereka dapat pasti akan
membuka mata dan minda dengan idea dan pemikiran baru.
Sepanjang Bersih 4 berlangsung, mereka yang ditemui pasukan Semut Harian
menyuarakan rasa bimbang terhadap negara dan keperluan untuk
bertindak. Itulah sebabnya mereka memutuskan untuk bangun dan didengar.
Mereka tidak lagi merasa cukup untuk sekadar duduk di tepi, atau kekal tidak endah tentang cabaran yang dihadapi negara.
Mereka
bersedia untuk mengambil tanggungjawab selaku warga Malaysia dan
melakukan apa yang boleh untuk memastikan negara ini diangkat ke tahap
yang baru. Mereka ada idea tentang Malaysia yang mereka mahukan –
sebuah negara yang adil dan saksama, dipimpin kerajaan yang cekap dan
tidak rasuah.
Apa yang belum diketahui adalah sama ada pihak berkuasa bersedia untuk melibatkan rakyat dan berganding tangan untuk mencapai ideal-ideal ini- http://bm.theantdaily.com/
No comments:
Post a Comment