Oleh Mohd Sayuti Omar
Seperti mana yang dijangka kerajaan telah mengharamkan himpunan Bersih 4 yang bermula hari ini. Malam tadi sekeping warta kerajaan yang ditanda tangani oleh Menteri Dalam Negeri (KDN) yang juga Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi, disebar menerusi media eletronik telah mengeluarkan perintah larangan itu.
Larangan itu tidak membenarkan pemakaian baju berwarna kuning yang ada perkataan Bersih 4. Larangan juga mencakupi penerbitan, penyebaran apa-apa maklumat dan dokumen mengenai Bersih.
Sejajar itu juga pihak keselamatan lain terus mengeluarkan kenyataan berupa araman dan ugutan tindakan. Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar dengan nada tegas mengingatkan agar peserta Bersih sedia menanggung risiko dari kengkaran yang dilakukan.
Tidak cukup dengan itu ada juga parti politik termasuk sebuah parti pembangkang ikut sama membantu kerajaan agar himpunan Bersih 4 itu gagal. Parti itu tidak mengambil bahagian kononnya Bersih kali ini terkeluar daripada tuntutan sebenar dan mereka tidak dijemput menjadi kepala.
Sebelum ini parti itu turut bersama berarak dalam Bersih. Apakah perarakan sebelum ini dibuat tanpa sedar sehingga hari ini mereka baru insaf selama ini mereka bodoh dan menjadi anak tangga untuk dipanjat orang. Baguslah kalau tidak memanjangkan kebodohan. Tetapi sayangnya kesesaran itu sehingga mereka perlu disekolahkan semula.
Sebelum warta larangan itu, SKMM dibawah Kementerian Komunikasi dan Multi Media sudah bertindak menyekat laman web yang mempromosikan Bersih. Menterinya Salleh Said Keruak sedang mencuba powernya sebagai menteri berkenaan dan kian menajamkan pemujaan kepada Najib Razak.
Salleh perlu berbuat lebih daripada sepatutnya untuk membalas jasa dan budi Najib ke atasnya. Perlu dia berbuat begitu kerana dalam politik Umno, bukan mudah untuk menjadi menteri. Ramai orang mengidamkan untuk jadi menteri kerana menjadi menteri akan jadi popular dan penuh glamor.
Setengah orang sanggup melanggar sumpah dan konsensus bersama kerana tergilakan jawatan menteri.
Dalam Umno, kebolehan, ketrampilan dan kepandaian seseorang dalam sesuatu bidang belum tentu dapat menempatkan seseorang di situ. Bahkan orang cerdik dan bijak dalam politik Umno, dan politik parti lain juga akan terbuang. Tenguk terbaharu apa yang menimpa diri Muhyiddin Yassin dan Shafei Afdal. Mereka berdua kelihatan sedikit ada idea dan iltizam untuk negara, tetapi akhirnya dicampak ke luar. Sebabnya apa, mereka tidak sedia memandirkan diri.
Terutamanya dalam politik Umno, dimana ketua (Najib) sedang berhadapan dengan kutukan rakyat dan takut kehilangan kuasa disebabkan penyelewengan dan pecah amanah sangat memerlukan kepada pemain politik bodek, ampu sedemikian rupa. Kebetulan Perdana Menteri kini anak bangsawan yang suka dipuja disanjung maka dia sangat memerlukan kepada penarik kereta upihnya atau pendorong kerusi rodanya.
Jadi orang-orang laksana Salleh Said Kruak, Zahid Hamidi dan sejenis dengannya adalah penarik kereta upih kepada Najib. Mereka sedikit pun tidak rasa malu kalau pun kain mereka terlondek dan menyerlahkan "kemaluan berkerutu" mereka kerana terleka dengan kerja mereka itu asalkan mereka dapat mendolorkan seorang yang kononnya berdarjat.
Ternyata Zahid dan Salleh telah menjalankan tugas dan pengkultusan yang baik kepada Najib. Salleh telah mengambil alih tugas daripada Ahmad Maslan yang kini sudah kepenatan membodek Najib sehingga menyerlahkan "ketingga GPAnya" sampai ke atas belakang.
Keduanya sudah menggunakan kuasa yang ada kepadanya untuk membela dan menjaga maruah Najib. Zahid dan Salleh perlu memastikan bahawa himpunan Bersih hari ini gagal atau pun tidak mendapat sambutan. Mereka perlu membayar dengan harga mahal hatta menggadai maruahnya demi menjaga Najib. Kejayaan Bersih 4 memberi implikasi kepada mereka berdua dimana orang akan melihat mereka tidak sebijak seperti mana diharapkan Najib.
Makanya kalau mereka ada maruah, Bersih bukan sahaja menamatkan riwayat politik Najib tetapi mereka juga. Mereka berdua perlu melepaskan jawatan.
Apakah Bersih kali ini akan gagal mencapai maksudnya? Dan rakyat akan murung ke belakang dan meninggalkan lapangan, tempat himpunan? Saya jawab tidak kerana sebab-sebab yang telah saya sebut dalam intri sebelum ini. Sekatan, ugutan, tangkapan dan pemenjaraan kepada perserta Bersih bukan perkara baharu. Peserta Bersih adalah pejuang rakyat yang tidak tahu erti takut. Mereka meletakkan kepentingan rakyat di hadapan bukan tembolok mereka.
Ada setengahnya ditangkap berpuluh kali dan dihadapan ke mahkamah berbelas kali, dipenjara dan didenda namun tidak pernah berasa serik tidak sama sekali. Sememang seorang perjuangan makanan ialah penderitaan dan keseksaan. Jangan berumah di tepi pantai kalau takut dilambong ombak, dan saya kata jangan menebang buluh kalau alahan dengan miangnya.
Bagi pejuang seperti peserta Bersih mereka bahkan suka dan bangga apabila mereka ditangkap. Tangan digari polis dan dibawa ke dalam black maria dijadikan nolstalgia dalam hidup. Bagi mereka hidup di sebuah negara yang korup yang para pemimpinya tidak ada air muka, menyangak wang rakyat, berlaku zalim dan kejam, lebih baik mereka meringkuk dalam penjara. Setidak-tidaknya penjara itu akan menghalang mereka dari terus memandang muka yang jijik dan menyemakkan bangsa itu.
Kegigihan dan keteguhan jiwa peserta ini sudah terbukti pada beberapa siri himpunan Bersih dan demostrasi sebelum ini. Undang-undang dan akta menghalang mereka bukan lagi menjadi penyebab untuk mereka rasa takut dan berundur ke belakang. Bagi mereka akta dan peraturan menghalang hak mereka yang dijamin oleh perlembagaan itu tidak ubah seperti ayat-ayat Quran yang digunakan oleh sesetengah orang untuk mempertahankan kebejatan dirinya atau pun menghalang pengikut agar lari meninggalkan perjuangan supaya kuasa mereka kukuh.
Tidak ada beza mereka yang memberi ugutan kepada ahli agar tidak menubuh parti baharu dengan membaca ayat-ayat Quran yang menakut ahli dengan mereka yang mewartakan larangan menghalang perhimpunan itu dengan menggunakan berbagai akta yang digubal oleh dewan rakyat yang mulia.
Kedua tindakan itu sia-sia sahaja sebaliknya akan menjadi baja yang menyuburkan semangat peserta terus mara dan mara dan mara hingga menyinggah ruang dan laman himpunan Bersih.
Apa yang dinanti dan dilihat apakah dalam pertempuran antara aparat Kerajaan yang diketuai oleh Zahid kini, kali ini akan jadi lebih bengis dari sebelum ini. Semua kena beringat sedikit hari ini Zahid adalah timbalan perdana menteri, satu kedudukan yang telah meletakkan dia setangga lagi untuk mencatat sejarah peribadinya, mendapat piala tertinggi dalam politik menjadi PM.
Keadaan dan suasana itu menyebabkan Zahid boleh bertindak diluar batas-batas kemanusiaan dan kemunafikannya akan lebih membuak-buak daripada apa yang telah berlaku sebelum ini. Sebagai orang yang bernasfu besar dan sedang diapi oleh rasa desparate begitu tinggi sesuatu yang diluar jangka boleh sahaja berlaku.
Salam Bersih dan Merdeka.
http://msomelayu.blogspot.com
No comments:
Post a Comment