Kehangatan tuntutan BERSIH 4 bukan saja dirasai di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Konabalu, malah turut di beberapa kota raya lain di seluruh dunia.
Facebook Global Bersih melaporkan, perhimpunan BERSIH 4 turut diadakan di 74 lokasi lain termasuk Melbourne, Australia.
Di situ, wakil Kinitv, Shanice See melaporkan hampir 5,000 orang menyertai perhimpunan tersebut.
Katanya, peserta bukan sahaja terdiri daripada rakyat Malaysia tetapi turut dimeriahkan oleh warga Australia.
Selain itu, kira-kira 50 peserta berhimpun di Wellington New Zealand sejak jam 7 pagi (waktu Malaysia).
Sokong BERSIH
Melalui gambar yang dikongsi pengguna maya di Facebook "Bersih 4 Links to all Global Locations" itu, peserta dilihat terdiri daripada pelbagai latar usia.
Di New Zealand, perhimpunan BERSIH 4 turut berlangsung di Auckland.
Antara gelagat yang dapat diperhatian mereka mengibarkan bendera Malaysia, sepanduk BERSIH 4 dan mengadakan persembahan pancaragam.
Sementara itu, penduduk di Timor Leste turut menyatakan sokongan kepada BERSIH 4.
Dalam satu gambar yang dikongsi oleh pengguna Facebook, Jade Lee memaparkan sekumpulan penduduk negara itu berkumpul sambil memegang sepanduk bertulis "BERSIH 4, Solidarity in Timor Leste".
Selain itu, Lynn Lim turut berkongsi satu rakaman video perhimpunan BERSIH 4 yang diadakan di Anthem, Rusia.
Video tersebut menunjukkan peserta sedang berkumpul dan menyanyi lagu Negaraku sambil diawasi oleh pihak polis.
Di negara timur tengah pula menyaksikan BERSIH 4 berlangsung di Doha, Qatar disertai kira-kira 50 peserta bersama keluarga mereka.
No comments:
Post a Comment