KUALA LUMPUR - 'Ini (Bersih 4.0) demonstrasi pertama yang saya
sertai'. Demikian pengakuan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad pada sidang media di sebuah restoran di Pasar Seni, hari ini.
Menurutnya, banyak pihak yang mempertikaikan tindakannya menyokong
himpunan Bersih 4.0 namun jelasnya, kehadirannya itu sebagai tanda
solidariti kepada rakyat.
"Itu juga soalan ditanya...saya sokong rakyat. Bersih pun rakyat juga.
Mereka pun tak suka Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak).
Ada orang nak bagi buruk nama saya kononnya saya sokong Bersih.
"Bersih pun rakyat. Yang lain semua ini pun rakyat. Semua pakai baju kuning dan banyak yang tak pakai baju kuning," katanya.
Katanya, sebelum pemerintahan Najib, tidak memerlukan demonstrasi jalanan kerana laporan polis begitu berharga.
"Saya tak tahu (Bersih) ini ‘game changer’ atau tidak, saya di sini utk
bersolidariti dengan rakyat sebab sekarang berjuta rakyat akses blog
saya dan mereka mahu Najib berundur hanya sedikit yang menyokongnya.
"Dulu tak perlu (demo), dulu ada undang-undang. Kita buat laporan
polis, Peguam Negara ambil tindakan. Tapi sekarang ini, buat laporan
polis tapi polis tak boleh ambil tindakan sebab Najib tak bagi.
"Oleh itu kali ini saya terpaksa sertai demonstrasi seperti ini. Dulu
saya tak pernah sertai demonstrasi. Ini pertama kali," katanya.
Hari ini Bersih 4.0 menerima kehadiran Dr Mahathir buat kali kedua
selepas semalam bekas Perdana Menteri itu sempat singgah ke kawasan
Dataran Merdeka.
No comments:
Post a Comment