Laporan perhimpunan Bersih 4.0 oleh: Rajvinder Singh, Fernando Fong, Nawar Firdaws, Michael Murty, SM Amin, Qurnisha Hamka, Ikhwan Hazwan, Azizi Sunip, Noraizura Ahmad, Ahmed Syahril Zulkeply, Dennis Wong, Sandra Sokial, A Azim Idris, Akmal Hakim,
Gambar dan video oleh: Azrol Ali, Daniel Chan, Mokhsin Zamani, Arif Kartono, Adib Hakim, Desmond Prashan, Khairul Hasnor

LAPORAN TERKINI PERHIMPUNAN BERSIH 4.0 DI KUALA LUMPUR, KOTA KINABALU DAN KUCHING

Perhimpunan aman Bersih 4.0 anjuran yang dijadual berlangsung selama 34 jam, diteruskan pada hari kedua, hari ini dengan program dijangka berakhir jam 11.59 malam ini.

7.30pg (KK)

Di Kota Kinabalu, polis menyekat semua laluan masih ke Teluk Likas 2. Kumpulan Bersih 4 Kota Kinabalu (B4KK) dinasihatkan oleh peguam mereka untuk kekal berada di taman berkenaan. Mereka akan memutuskan bentuk tindakan yang akan diambil selepas perbincangan dengan peguam mereka dibuat.
Foto TRP/Sandra Sokial
Foto TRP/Sandra Sokial

9.45pg (KK)

Sehingga kini, hampir 300 penyokong berkumpul di kawasan awam Teluk Likas 2. Bagaimanapun, belum dimaklumkan mengenai perkembangan terkini berhubung acara Berjalan Kaki Untuk Demokrasi. Malah, sejumlah besar polis turut berkumpul di sini.
Foto TRP/ Sandra Sokial
Foto TRP/ Sandra Sokial

9.50pg (KK)

Pengerusi Bersih Sabah, Jannie Lasimbang mengangkat sepanduk yang bertulis Corruptor (pengamal rasuah), sebagai menunjukkan bantahannya. Dia kemudian berkata, mereka memutuskan untuk berjalan di laluan jogging di taman awam Teluk Likas 2. Penganjur memberi taklimat kepada penyokong mengenai peraturan dan laluan yang akan digunakan.
Foto TRP/ Sandra Sokial
Foto TRP/ Sandra Sokial

10pg (KK)

Acara Berjalan Kaki Untuk Demokrasi bermula sambil penyokong melaungkan “Bersih, Bersih” dan “Reformasi”
Foto TRP/Sandra Sokial
Foto TRP/Sandra Sokial

10.30pg (KL)

Demonstrasi di ibu negara bermula ceria dengan acara di atas pentas utama dimulakan tepat jam 10 pagi oleh kumpulan BangArt, bersama ketukan dram yang disambung dengan laungan `Bersih’ oleh peserta di perkarangan Dataran Merdeka.
Sejurus selepas itu, mereka turut dihiburkan dengan tarian oleh penari klasik, Geetha Shankaran Lam, 46, selain kumpulan Awake.
Foto TRP/Qurnisha Hamka
Foto TRP/Qurnisha Hamka

 11PG (KUCHING)

Perhimpunan ‪#‎Bersih4‬ di Sarawak yang menyaksikan kira-kira 500 penyokong berkumpul pada hari kedua, dihentikan serta merta oleh penganjur akibat masalah teknikal.
Pengerusi Penganjur Bersih 4.0 di Kuching, Nicholas Mujah Ason berkata acara itu dibatalkan serta-merta berikutan pelanggaran syarat antaranya termasuk kehadiran kanak-kanak dan kerugian akibat sistem pembesar suara (PA) yang diambil balik oleh penyewa.
Foto TRP/Dennis Wong
Foto TRP/Dennis Wong

 12.05TENGAHARI (KL)

#Bersih4 KL berehat, program akan disambung jam 2 petang. Kehadiran pagi ini dianggarkan lebih 10,000 peserta

12.05TENGAHARI (KK)

Bersih 4 Kota Kinabalu bersurai
Foto TRP/Sandra Sokial
Foto TRP/Sandra Sokial