BABAK 2. Seorang muda India
Malaysia di Mid Valley Megamall berkata kepada saya pena lebih hebat daripada
pedang (the pen is mightier than the sword).
BABAK
3. Netizen (warga
Internet) membuat jenaka mengenai kejatuhan nilai ringgit dengan
mewabakkan gambar isteri Perdana Menteri bersama isteri Presiden
Obama.
Naik bukit mengait cempedak..... |
Natijahnya, sama ada berkomplot, berkonspirasi, berartikulasi atau berjenaka di alam siber, pena mungkin tidak lebih hebat daripada pedang dalam zaman Sang Kelembai 1MDB ini. Segala-galanya telah menjadi silap mata dan klise.
Maksud dan semantiknya sudah rosak
jahanam terkena sumpahan, sentuhan dan badi Sang Kelembai. Pertimbangkan fakta
berikut:
1. Orang tua misteri yang
berbahas mencari kebenaran demi menyelamatkan negara dituduh mahu menggulingkan
kerajaan. Tetapi tidak ada kejantanan untuk mendedahkan siapa “orang tua” itu.
Meminjam bahasa kontemporari generasi muda, Perdana Menteri, (Datuk Seri) Mohd
Najib bin Abdul Razak mungkin telah “dikencingkan” oleh “orang tua” itu.
Timbalan Perdana Menteri baru (Datuk Seri) Ahmad Zahid bin Hamidi berkata “orang
tua” itu akan jumpa PM, tapi tidak jumpa. Jadi orang tua misteri itu telah
“kencing” PM.
2. Kerajaan sudah jadi sinonim
dengan Mohd Najib dan konco-konconya. Daripada Perdana Menteri untuk semua,
keterangkuman (inclusiveness) dan rakyat didahulukan dia sudah menjadi Perdana
Menteri untuk yang setia, eksklusif dan kelangsungan diri diutamakan.
"All the President's men" |
3. Demokrasi, mandat dan ahli parti adalah klise yang tujuannya semata-mata untuk mempertahankan Perdana Menteri dan beberapa ratus orang pembesar Umno dan Barisan Nasional serta beberapa kerat pesuruh awam.
4. Ungkapan pena lebih berkuasa
daripada pedang juga sudah menjadi sebuah klise kerana pena kini bukan berlawan
dengan pedang. Ia bukan pertarungan antara kebijaksanaan (pena) dan kekerasan
(pedang).
5. Pena mungkin tetap pena, tetapi
lawannya bukan pedang. Musuh pena dalam era Sang Kelembai 1MDB adalah wang dan
kuasa!
6. Dalam keadaan di mana pena
berlawan dengan wang dan kuasa, pena berkemungkinan kalah. Apatah lagi apabila
ada pena yang tintanya sudah diwarnai wang dan kuasa.
7. Pena berfikir dan bertindak
berdasarkan kebijaksanaan harian (conventional wisdom). Tindak-tanduk PM serta
konco-konconya tidak berpaksikan kebijaksanaan konvensional separti kita fahami
dan amali. Tindak-tanduk mereka berpaksikan dolak-dalik, putar-belit,
pemesongan maklumat dan pendustaan.
Apa Kesudahannya?
1. Rakyat jelata terpaksa
menggunakan kaedah-kaedah konvensional lain yang dibenarkan oleh perlembagaan
dan demokrasi seperti berhimpun secara aman untuk menunjuk perasaan.
Perlembagaan benarkan perhimpunan aman |
3. Kalau tidak berlaku perubahan
segera, rakyat jelata akan terus menderita sambil menunggu kedatangan pilihan
raya umum (PRU) dua atau tiga tahun lagi untuk memilih perwakilan baru
memerintah negara.
4. Sementara itu, kerajaan yang
terdesak dan menderita defisit kepercayaan (trust deficit) yang teruk tidak
lagi mampu menangani pelbagai isu ekonomi yang datang bertimpa-timpa.
5. Nilai ringgit terus menjunam
setelah jatuh ke bawah paras psikologi RM4, mata wang asing Bank Negara
merudum ke bawah AS$100 bilion buat pertama kali dalam masa lima tahun, pelabur
asing dan tempatan membawa keluar modal, orang kaya menukar ringgit kepada mata
wang asing untuk melindungi nilai (hedging), pengguna takut berbelanja dan
harga barang-barang import naik kerana nilai ringgit jatuh.
Maka jadilah kita rakyat jelata
seperti dalam cerita Sang Kelembai. Yang mati dihempap pokok adalah anak Sang
Kelembai dan yang menjadi batu terkena sumpahan Sang Kelembai adalah gajah.
Bersolek berdandan menjaga keterampilan |
Naik bukit mengait cempedak
Cempedak duduk di seberang sana
Muka putih berlumur bedak
Tapi perangai pula tak guna.
Wallahuaklam.
No comments:
Post a Comment