Pemimpin Umno Kedah kecewa, usul Najib letak jawatan
Umno
Cawangan Kampung Kuala Sin di Merbok, Kedah turut menggesa peletakan
jawatan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The
Malaysian Insider, . Naib Pengerusi Umno
Cawangan Kampung Kuala Sin, Abd Karim Ali mempertahankan hujah dan
usulnya pada persidangan Mesyuarat Perwakilan Bahagian Merbok, Kedah, 22
Ogos lalu yang menggesa Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.
Kecewa dengan isu yang melanda parti Melayu terbesar itu, Karim, 51,
yang juga bekas ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok berkata, perubahan
perlu dilakukan demi memastikan kemenangan parti pada pilihan raya akan
datang.
"Hari ini semua orang tahu apa yang berlaku, kita tidak boleh
bersembunyi lagi. Rakyat yang akan undi pada pilihan raya nanti seramai
15 juta orang.
"Kita (ahli Umno) hanya 3 juta saja. Jadi saya merayu sangat presiden berundur," katanya kepada The Malaysian Insider.
"Dia (Tajul) hanya mahu lari daripada isu. Sewaktu saya usulkan, tiada sebarang bantahan dan undi sebulat suara.
"Kenapa ketua bahagian tidak bantah semasa usul tersebut dibentangkan? Semua sudah undi bersetuju," katanya.
Naib
Pengerusi Umno Cawangan Kampung Kuala Sin, Abd Karim Ali pertahan hujah
dan usulnya pada persidangan Mesyuarat Perwakilan Bahagian Merbok,
Kedah, 22 Ogos lalu gesa Datuk Seri Najib Razak letak jawatan. – Gambar
fail The Malaysian Insider.Karim berkata,
ia bukan satu kenyataan yang dibuatnya ketika membahaskan usul seperti
dilaporkan portal Malaysiakini sebelum ini.
Sebaliknya, beliau berkata ia cadangan untuk membuat pindaan kepada
usul dan mendapat sokongan sebulat suara melalui undian semua
perwakilan, termasuk ahli jawatankuasa (AJK) bahagian.
Malah, pengerusi tetap persidangan Umno juga katanya meluluskan dan menerima usul pindaan ini.
Malaysiakini sebelum ini melaporkan ketua Bahagian Merbok menafikan
kenyataan Karim itu sebagai usul mesyuarat sepertimana yang dispekulasi
pengguna media sosial.
Karim dikatakan hanya mengeluarkan kenyataan itu ketika membahaskan usul politik.
Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Jalan Badlishah, Anuar Abd Hamid
turut berkata usul tersebut sebulat suara diterima pada hari tersebut.
Beliau turut mendesak pemimpin nombor satu parti itu berundur untuk menyelamatkan Umno.
"Semua sebulat suara. Lepas tepukan gemuruh diterima perwakilan
tersebut, kita buat undi dan semua sebulat suara terima," katanya kepada
The Malaysian Insider.
Anuar, 64, ketua cawangan selama lebih sedekad itu juga menggesa isu Malaysia Development Berhad (1MDB) diselesaikan dengan kadar segera.
Beliau turut mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)
untuk menyiasat isu yang disifatkan memberi kesan kepada imej parti itu.
"Tubuhkan RCI, siasat segera. Kini saksi sudah hilang. Macamana nak selesaikan isu 1MDB ini?," soalnya.
Anuar berkata, mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Merbok pada 22 Ogos
lalu mempunyai lebih 130 cawangan dengan anggaran hampir 600 perwakilan.
Katanya, mesyuarat itu dirasmikan Ahli Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi.
Karim dan Anuar menjadi perhatian di media sosial apabila video
perbahasan mereka pada mesyuarat Sabtu lalu dimuat naik ke laman
Facebook.
Sebelum ini pada 16 Ogos, Pemuda Umno Bahagian Tampin di Negeri
Sembilan sebulat suara menerima dan meluluskan usul meminta Najib
meletak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden Umno pada mesyuarat
perwakilan Pemuda bahagian itu.
Usul tergempar diketengahkan ahli Pemuda Cawangan Kampung Ulu Ladang,
Azman Abdullah. Ia mendapat sambutan positif daripada majoriti lebih 200
ahli yang hadir.
No comments:
Post a Comment