PAS Selangor tidak mahu beri laluan kepada GHB pada PRU
Setiausaha
PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman jika ahli GHB bercadang untuk
bertanding pada pilihan raya, adalah lebih baik mereka bertanding di
kerusi yang tidak ditandingi calon PAS. – Gambar fail The Malaysian
Insider, 24 Ogos, 2015. PAS Selangor tidak akan berkompromi
dengan ahli Gerakan Harapan Baru (GHB) jika mereka mahu turut
bertanding di kawasan yang ditandingi calon PAS pada pilihan raya umum
(PRU) akan datang.
"Kalau mereka anggap PAS akan beri laluan pada pilihan raya umum akan
datang, PAS tidak akan beri laluan sebab itu kerusi kita," kata
Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman.
Katanya jika ahli GHB bercadang untuk bertanding pada pilihan raya,
adalah lebih baik mereka bertanding di kerusi yang tidak ditandingi
calon PAS.
"30 tahun akan datang sejarah akan mengingati GHB sebagai parti yang
memenangkan BN dalam PRU akan datang dan inilah faktor kekalahan kalau
berlaku pertandingan 3 penjuru," kata Mohd Khairuddin pada sidang media
hari ini. Ditanya mengapa PAS tidak memecat serta-merta ahli yang meletak jawatan
dan menyertai GHB, Mohd Khairuddin berkata Perlembagaan PAS menyebut
bahawa keahlian akan terlucut dengan sendirinya apabila mana-mana ahli
menyertai parti lain.
"Jika gentleman kosongkan kerusi (bagi Anggota Dewan Undangan Negeri
dan Anggota Parlimen yang berhasrat sertai GHB), ...biar rakyat
tentukan," katanya sambil mendakwa anggota GHB seolah-olah bertindak
seperti jurucakap kepada DAP yang menentang hasrat PAS untuk
melaksanakan hukum Hudud di Kelantan.
Semalam, sebanyak 18 AJK PAS kawasan Kelana Jaya yang dipimpin Yang
Dipertuanya Izham Hashim meletak jawatan bagi menyertai GHB. Sebelum ini
beberapa pemimpin PAS kawasan Shah Alam, Kota Raja, Klang dan Kapar
juga meletak jawatan. – Bernama
No comments:
Post a Comment