Khir Toyo rebah selepas pulang berjoging
THE MALAYSIAN INSIDER
Bekas
menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo dikejarkan ke hospital pagi
tadi kerana rebah selepas berjogging. – Gambar fail The Malaysian
Insider,
Bekas menteri besar Selangor Dr
Mohamad Khir Toyo dikejarkan ke Hospital Selayang setelah rebah selepas
berjoging di kawasan rumahnya di Seksyen 7, Shah Alam, pagi ini.
Sumber pejabat Dr Khir ketika dihubungi memberitahu, dalam kejadian
kira-kira 9 pagi itu, beliau yang pulang daripada aktiviti itu
tiba-tiba terjatuh serta tidak sedarkan diri di rumahnya menyebabkan
keluarganya panik dan menghubungi ambulans.
Menurut sumber itu lagi, setelah mendapatkan rawatan di Hospital
Selayang, beliau kemudiannya dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN)
untuk pemeriksaan lanjut.
"Setakat 6 petang tadi, keadaan beliau stabil dan sudah boleh bercakap
namun masih ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut," kata sumber itu. Esok Mahkamah Persekutuan dilaporkan akan mengumumkan keputusannya
mengenai rayuan Dr Khir terhadap sabitan kesalahan dan hukuman penjara
12 bulan yang dikenakan terhadapnya bagi tuduhan menggunakan kedudukan
untuk memperoleh tanah dan sebuah banglo daripada Ditamas Sdn Bhd
menerusi pengarahnya Datuk Shamsuddin Hayroni pada 2007. – Bernama,
No comments:
Post a Comment