THE MALAYSIAN INSIDER
Timbalan
Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dicabar Tun Dr
Mahathir Mohamad supaya dedah identiti penderma RM2.6 bilion ke akaun
perdana menteri. – Gambar fail The Malaysian Insider,.
Tun
Dr Mahathir Mohamad meneruskan kritikan lantangnya terhadap pentadbiran
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan kali ini menyerang
timbalannya berhubung kenyataan mengenai penderma dari Timur Tengah yang
didakwa memberi RM2.6 bilion kepada Najib.
Melalui laman blognya, bekas perdana menteri itu mencabar
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan siapa penderma itu memandangkan beliau sebelum ini mengakui bertemu dengan wakil "keluarga" dari Timur Tengah itu
"Timbalan perdana menteri yang baharu berkata, beliau sudah berjumpa dengan orang Arab yang memberi derma tersebut.
"Jadi biar beliau buktikan orang Arab ini ada duit yang banyak untuk diberi kepada Malaysia dan banyak negara lain.
"Negara mana. Dari mana sumber duit itu. Apakah perniagaan yang dilakukannya. Apakah nama bank yang digunakannya.
"Tunjukkan akaun dia dalam bank, cek yang dikeluarkannya, khususnya
wang AS$700 juta itu. Bank penerima bank sepatutnya memegang cek
tersebut," katanya dalam posting terbarunya hari ini.
Dr Mahathir berkata segala maklumat tersebut sebenarnya boleh disahkan
pasukan petugas khas yang menyiasat skandal 1Malaysia Development iaitu
Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja
Malaysia dan Jabatan Peguam Negara.
"Namun Najib membubarkan pasukan petugas itu dengan memecat peguam
negara, menghantar ketua SPRM bercuti dan menuduh Bank Negara
membocorkan rahsia kerajaan," katanya.
Zahid pada 22 Ogos mengakui bertemu secara peribadi dengan wakil
penderma dari Timur Tengah itu dan berkata sumbangan itu adalah bagi
memastikan Barisan Nasional (BN) dan Umno memenangi Pilihan Raya Umum
ke-13.
"Saya bertemu dengan ketua pegawai pelaburan penderma itu dan saya juga bertemu dengan pemegang amanah dana itu
"Dia beritahu saya, negara tuan bukan satu-satunya negara yang kami
salurkan sumbangan. Terdapat banyak negara lain yang mesra Islam yang
kami beri derma," katanya.
Beliau berkata mereka membantu BN kerana komitmen kerajaan dalam
menangani keganasan dan mengekalkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah
negara ahli sunnah wal jamaah.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan identiti penderma itu, hanya
mengatakan mereka adalah "satu keluarga tertentu dari negara tertentu".
Pendedahan mengenai wang derma RM2.6 bilion itu pertama kali dilaporkan Sarawak Report pada awal Julai.
Dr Mahathir cabar Zahid dedah siapa penderma Arab RM2.6 bilion
Published: 26 August 2015 6:48 PM
Timbalan
Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dicabar Tun Dr
Mahathir Mohamad supaya dedah identiti penderma RM2.6 bilion ke akaun
perdana menteri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Ogos, 2015.Tun
Dr Mahathir Mohamad meneruskan kritikan lantangnya terhadap pentadbiran
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan kali ini menyerang
timbalannya berhubung kenyataan mengenai penderma dari Timur Tengah yang
didakwa memberi RM2.6 bilion kepada Najib.
Melalui laman blognya, bekas perdana menteri itu mencabar Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan siapa penderma itu memandangkan beliau sebelum ini mengakui bertemu dengan wakil "keluarga" dari Timur Tengah itu
"Timbalan perdana menteri yang baharu berkata, beliau sudah berjumpa dengan orang Arab yang memberi derma tersebut.
"Jadi biar beliau buktikan orang Arab ini ada duit yang banyak untuk diberi kepada Malaysia dan banyak negara lain.
"Negara mana. Dari mana sumber duit itu. Apakah perniagaan yang dilakukannya. Apakah nama bank yang digunakannya.
"Tunjukkan akaun dia dalam bank, cek yang dikeluarkannya, khususnya
wang AS$700 juta itu. Bank penerima bank sepatutnya memegang cek
tersebut," katanya dalam posting terbarunya hari ini.
Dr Mahathir berkata segala maklumat tersebut sebenarnya boleh disahkan
pasukan petugas khas yang menyiasat skandal 1Malaysia Development iaitu
Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja
Malaysia dan Jabatan Peguam Negara.
"Namun Najib membubarkan pasukan petugas itu dengan memecat peguam
negara, menghantar ketua SPRM bercuti dan menuduh Bank Negara
membocorkan rahsia kerajaan," katanya.
Zahid pada 22 Ogos mengakui bertemu secara peribadi dengan wakil
penderma dari Timur Tengah itu dan berkata sumbangan itu adalah bagi
memastikan Barisan Nasional (BN) dan Umno memenangi Pilihan Raya Umum
ke-13.
"Saya bertemu dengan ketua pegawai pelaburan penderma itu dan saya juga bertemu dengan pemegang amanah dana itu
"Dia beritahu saya, negara tuan bukan satu-satunya negara yang kami
salurkan sumbangan. Terdapat banyak negara lain yang mesra Islam yang
kami beri derma," katanya.
Beliau berkata mereka membantu BN kerana komitmen kerajaan dalam
menangani keganasan dan mengekalkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah
negara ahli sunnah wal jamaah.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan identiti penderma itu, hanya
mengatakan mereka adalah "satu keluarga tertentu dari negara tertentu".
Pendedahan mengenai wang derma RM2.6 bilion itu pertama kali dilaporkan Sarawak Report pada awal Julai.
- See more at:
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-mahathir-cabar-zahid-dedah-siapa-penderma-arab#sthash.HbWCSC5S.dpuf
No comments:
Post a Comment