KLANG: Calon pengganti Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kerusi Parlimen
Permatang Pauh hanya akan diketahui sebaik sahaja Suruhanjaya
Pilihanraya (SPR) memaklumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi,
kata Timbalan Presiden, Azmin Ali.
“Kami akan menghantar nama calon untuk pengesahan ke Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat dalam mesyuarat akan datang.
“Calon yang dipilih itu adalah dari senarai calon yang telah diteliti
oleh parti ketika mesyuarat sebelum ini," kata Azmin ketika ditemui
selepas merasmikan pembukaan Pusat GM Klang Warehouse, di sini, hari ini
Azmin berkata, partinya itu akan memberikan tumpuan yang penuh untuk
PRK akan datang dan calon yang dipilih untuk Permatang Pauh merupakan
calon terbaik mewakili PKR dan Pakatan Rakyat.
Pada 2 April, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamed Said
membacakan kenyataan rasmi Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengenai
pelucutan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ahli
Parlimen berkuatkuasa 16 Mac selepas permohonan petisyen pengampunan
diraja ditolak.
Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun selepas barisan hakim
diketuai Ketua Hakim Tun Arifin Zakaria mendapati Anwar bersalah
melakukan liwat ke atas bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
No comments:
Post a Comment