SHAH ALAM: Tindakan kesemua 13 ADUN Pakatan Rakyat tidak memberi
sebarang respon terhadap titah ucapan perasmian DUN Negeri Sembilan,
Yang Dipertuan Besar (YDPN), Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku
Munawir adalah biadap serta tidak matang dalam berpolitik.
Malah, Pengarah Pusat Kajian Institut Raja Malaysia, Universiti
Malaysia Perlis (UMK), Prof Datuk Dr. Ramlah Adam menyifatkan tindakan
kesemua wakil rakyat itu sebagai tidak bertamadun.
"Saya rasa mereka ini semua tak matang, tak profesional, tak
bertamadun, tak beradap. Sudah tentu (adakah kesemua 13 ADUN PKR dan DAP
mahu bersikap biadap dan tidak matang dalam berpolitik), saya rasa dia
tidak hormat pemerintahan negeri dan bukan institusi Raja sahaja.
Pemerintahan negeri adalah Sultan dan Raja serta ada YDP.
"Bila ditolak macam itu makna dia tak hormat, tak peduli," tegasnya kepada Antarapos.
Ujar Ramlah lagi, tindakan pemimpin pembangkang ini bukan sahaja menimbulkan kebencian rakyat kepada sistem berpelembagaan.
Lantas, Ramlah mempersoalkan kerajaan bagaimanakah yang akan diwujudkan
oleh pemimpin pembangkang jika mereka sendiri berpegang kepada sistem
Pelembagaan Negara.
"Mereka telah menimbulkan kebencian pada orang yang percaya pada
sistem. Tapi kalau mereka yang tak percaya pada sistem apa jenis
kerajaan yang hendak dibuat?
"Adakah mereka hendak memerintah ikut suka dia orang sahaja dengan ketepikan pemerintahan Sultan...mana boleh.
Ramlah juga turut mempersoalkan apakah wakil rakyat pembangkang sengaja
mahu memperlihatkan keberanian mereka dengan tidak mempedulikan
perlembagaan negara.
"Biadaplah, tak pernah berlaku dalam sejarah negara. Adakah itu hendak
menunjukkan mereka ini berani atau nak tunjuk ketidakpedulian mereka
dengan sistem (Negara Berpelembagaan)," soalnya.
Tegas Ramlah, beliau bimbang dengan sikap yang ditonjolkan pemimpin
pembangkang ini kerana ia bukan sahaja akan menimbulkan huru-hara
didalam negara bahkan bakal membuat keputusan yang salah dalam
pentadbirannya seperti mana yang berlaku di Selangor kini.
"Saya rasa ini sikap tak bertanggungjawab dan bila jadi kerajaan dia
akan menimbulkan keadaan huru-hara serta membuat keputusan-keputusan
yang salah seperti mana di Selangor sekarang (isu air) sekejap betul,
sekejap tarik balik, sekejap mahu berunding...tak malu ke?
"Saya rasa dia orang tidak efisen, tak layak jadi pemerintah," ujarnya.
Selangor sebelum ini bermain tarik tali dengan kerajaan Pusat berhubung
isu perjanjian air. Sehingga kini status perjanjian air itu menjadi
tanda tanya walaupun menurut Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Malaysia (KeTTha), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili tempoh memuktamadkan
perkara itu kan berakhir hujung bulan ini.
Justeru, menurut Ramlah apa yang berlaku kini adalah isyarat kepada
rakyat agar tidak terus menerus memilih pemimpin yang tidak
bertanggungjawab serta tidak beretika.
"Saya rasa ini signal kepada rakyat. Sepatutnya rakyat memilih orang
yang lebih bertanggungjawab, amanah, beretika dan bertamadun untuk jadi
wakil mereka.
Untuk rekod inilah kali pertama dalam sejarah sidang DUN Negeri
Sembilan, titah ucapan YDPN tidak disokong atau ditolak ADUN pembangkang
negeri itu.
No comments:
Post a Comment