MALAYSIAKINI
50 aktivis hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya ekoran
mengadakan protes duduk bantah di Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan
pada 23 March lalu.
Mereka dituduh bawah Seksyen 21(1)(d) Akta Perhimpinan Aman (APA) yang
dibaca bersama dengan Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana melakukan
pencerobohan jenayah dan tidak mematuhi arahan polis untuk bersurai.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda sehingga RM20,000. Hakim
Azwarnida Affandi membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 yang mana
keseluruhannya berjumlah RM75,000.
Ke semua mereka telah dibebaskan tetapi mereka perlu kembali ke mahkamah pada 26 Mei ini untuk sebutan semula kes.
No comments:
Post a Comment