PERMATANG PAUH: Walaupun 17 tahun mempertahankan kemenangan di
Permatang Pauh, PKR terus gagal menyelesaikan isu-isu tempatan di
kawasan Parlimen itu.
Tinjauan Antarapos mendapati kawasan yang menjadi kubu kuat PKR yang
dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tidak diselenggara dengan baik
dari segi kemudahan asas, infrastruktur jauh sekali pembangunan baru.
Sistem perparitan umpamanya amat mencuri perhatian kru Antarapos yang
berkunjung ke sana beberapa hari awal sebelum hari penamaan calon
diadakan, 25 April lalu.
Parit sepanjang Jalan Permatang Pauh, yang menghubungkan kawasan itu
dengan beberapa bandar lain, seperti Bukit Mertajam dan Georgetown
sangat daif keadaannya.
Ia dipenuhi dengan sampah sarap seperti botol minuman, kotak dan
plastik. Malah ada diantaranya juga dipenuhi dengan lumut hijau dan
menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.
Penduduk di kawasan berdekatan memberitahu mereka sering berhadapan
dengan banjir kilat ketika hujan berikutan kegagalan aliran air di
sepanjang parit berkenaan.
Setiap kali banjir, sampah sarap akan melimpah sehingga ke jalan raya
dan keadaan itu tentunya menimbulkan keadaan tidak selesa terhadap
pengguna jalan raya.
Bau busuk juga mengganggu persekitaran Jalan Permatang Pauh itu yang berdekatan dengan kedai-kedai makan dan kawasan perumahan.
Antarapos diberitahu sudah banyak aduan disampaikan kepada wakil rakyat
dan pihak berkuasa tempatan (PBT) namun ia masih gagal diselesaikan.
Lebih memalukan, parit sepanjang satu kilometer tersebut terletak tidak
jauh daripada Bilik Gerakan PKR Permatang Pauh, dengan jarak kurang 200
meter sahaja.
Bukan itu sahaja, ketika tinjauan dibuat, bendera PKR juga turut
digantung di sepanjang parit tersebut, sebagai persiapan parti itu
menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, 7 Mei depan.
Ini sekaligus menimbulkan persoalan, apakah wakil rakyat atau jentera
parti termasuklah penyokong kuat PKR sudah 'lali' dan 'terbiasa' dengan
pemandangan kotor sebegini atau sememangnya 'tidak sedar' dengan apa
yang berlaku di sekeliling mereka kerana terlalu berpolitik?
Apakah masalah parit tersumbat dan sampah sarap ini dianggap sebagai
isu kecil yang tidak akan menenggelamkan isu ketidakadilan terhadap
Ketua Umum PKR itu?
No comments:
Post a Comment