Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seakan-akan cuba memohon restu
dari bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar memberi peluang
kepadanya untuk memimpin negara dengan caranya sendiri.
Dalam tulisan di blog najibrazak.com hari ini, perdana menteri berkata golongan tua perlu “melepaskan” golongan muda untuk berdikari mengikut peredaran masa.
Ia dilihat sebagai satu jawapan kepada Mahathir memandangkan tulisan itu merujuk kepada Wawasan 2020, yang dicetuskan oleh Mahathir.
“Kadang kala yang tua tidak senang dengan cara orang muda sekarang yang berbeza dari zaman mereka, betul atau salah keputusan dibuat orang muda itu terpulang kepada setiap individu untuk menilai.
“Adalah lumrah bagi yang tua bersifat melindungi terhadap yang muda. Namun, apabila tiba masanya untuk melepaskan yang muda untuk berdikari, maka, lepaskanlah.
“Bagi mencapai cita-cita ini, generasi baru perlu diberikan ruang secukupnya untuk meneruskan usaha ini,” kata Najib lagi dalam tulisan itu.
Najib berkata, beliau memahami sentimen seperti itu dan mengaku sukar untuk melepaskan anaknya yang baru diijabkabulkan sebelum ini.
“Sebagai ibu bapa, adalah amat sukar untuk saya melepaskan anak saya walaupun sudah dewasa.
“Meskipun dengan hati yang berat, tetapi bila sampai pada masanya, saya tetap terpaksa melepaskan anak saya untuk berdikari dan untuk mengharungi dunia ini,” katanya.
Najib kini dilihat semakin berani menjawab kritikan Mahathir, yang mahu beliau berundur dari jawatan perdana menteri.
Semalam, perdana menteri secara halus menjawab bahawa beliau masih mendapat sokongan.
Ia sebagai sindiran kepada Mahathir, yang pada minggu lalu mengeluh “keseorangan” dalam usahanya untuk menuntut kebenaran.
Najib juga sebelum ini muncul di kaca TV untuk menjawab isu yang dibangkitkan oleh Mahathir, namun penjelasannya itu tetap tidak memuaskan hati bekas perdana menteri itu.

No comments:
Post a Comment