MALAYSIAKINI
Ahli politik, pengundi dan pembayar cukai mempunyai tanggungjawab untuk
menulis berkaitan pengurusan wang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang
didakwa melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Perkara ini dinyatakan dalam pernyataan pembelaan Harakah yang
berdepan saman daripada Najib berhubung laporannya berhubung 1MDB,
syarikat pelaburan negara hasil cetusan ilham perdana menteri.
Pernyataan pembelaan itu dibuat oleh Pengarah Urusan Harakah Rosli Yaakop dan pengarangnya Taufek Yahya.
Pembelaan itu difailkan mereka berdua di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Najib memfailkan saman pada 18 Mac, susulan tulisan berkaitan 1MDB dan anak tiri Najib, Riza Aziz.
No comments:
Post a Comment