KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menghormati
pandangan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zuklifli Mohammad Al-Bakri
supaya orang Islam dikecuali atau dikurangkan kadar pelaksanaan Cukai
Barang dan Perkhidmatan (GST).
Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha bagaimanapun berkata keharusan
pelaksanaan GST itu yang telah diputuskan Majlis Fatwa Kebangsaan juga
berasas berdasarkan keperluannya untuk membiayai program berbentuk
syariah.
"Mungkin dia (mufti wilayah) ada kajian tersendiri dan apa yang diputus oleh Majlis Fatwa juga ada asas-asasnya.
"Fatwa keputusan sudah ada satu keputusan telah dimaklumkan berdasarkan
elemen-elemen kerajaan perlu ada harus dilaksanakan, maknanya
disalurkan kepada program-program berbentuk syariah dan sebagainya,"
katanya, di sini, hari ini.
Minggu lalu, Mufti Wilayah Persekutuan itu menggesa Putrajaya
mengecualikan warganegara beragama Islam daripada membayar GST kerana
mereka sudah melunaskan zakat berdasarkan agama Islam.
Cadangan itu dibuat Zulkifli menerusi laman Facebook Mufti Wilayah
Persekutuan pada Jumaat juga menggesa Putrajaya mengurangkan kadar GST
sedia ada.
Dalam pada itu, Othman juga berkata, orang Islam perlu memberi peluang
kepada cukai baharu itu dilaksanakan dalam tempoh enam bulan terlebih
dahulu sebelum ia boleh dikaji semula.
"Peringkat agama, kita akan lihat dulu sama ada berbalik kepada fatwa
tapi jalan dulu laa, sebab kerajaan kata jalan dulu, benda itu belum
lagi, takkan baru putus terus nak (batal pelaksanaan).
"Mungkin selepas itu, menteri kata kita akan semak balik...menteri nak
lihat dulu, tempoh enam bulan, lepas itu baru buat keputusan," katanya
lagi.
No comments:
Post a Comment