Mahfuz Omar
ALOR SETAR - Pas meminta semua pihak tidak terpedaya dengan tindakan
pihak tertentu yang sengaja memainkan isu keagamaan dan perkauman
kebelakangan ini.
Ketua Penerangannya, Datuk Mahfuz Omar berkata, perbuatan seperti berdemonstrasi di hadapan gereja, Ahad lalu dan terbaru, Alvin Tan mengeluarkan video mempersendakan suara azan adalah perilaku yang wajar dibantah semua rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan persaudaraan.
“Perkara yang membabitkan sensitiviti agama dan kaum tidak sewajarnya dijadikan bahan ejekan dan momokan kerana ia mengguris perasaan penganut agama masing-masing. Ia umpama menyimbah minyak ke atas api dan kesannya pasti besar dan boleh menjejaskan keamanan,” katanya.
Menurutnya, pihak terbabit wajar dikenakan tindakan tegas supaya tidak mengulangi perbuatan itu namun, amat dikesali apabila individu berkenaan masih berterusan mempersendakan Islam.
“Pas mohon polis bertindak dengan berani dan telus terhadap kes seperti itu. Siasatan hendaklah dibuat kepada pelakunya dan dikenakan tindakan bersesuaian,” katanya.
Mahfuz yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, kemunculan isu-isu sensitif ini seolah-olah menjadi kebiasaan apabila kerajaan diberi tekanan dalam isu-isu yang tidak mampu dijawab maka muncul 'mereka-mereka' ini untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu besar seperti 1MDB dan GST.
“Kita bimbang isu ini didalangi penaja-penaja politik demi mempertahankan kepimpinan mereka. Kami harap seluruh rakyat Malaysia tidak terperangkap dengan isu sensitiviti yang sengaja dimainkan pihak tertentu demi mengalihkan perhatian dan desakan rakyat terhadap isu-isu semasa,” katanya.

No comments:
Post a Comment