MALAYSIAKINI
Sehari selepas beliau dicalonkan sebagai calon BN dalam pilihan
raya kecil Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin kini mengakui berasa lebih
yakin berbanding sebelum itu.
Perasaan itu timbul selepas beliau bertemu dengan pengundi termasuk golongan muda dan tua di kawasan yang ditandinginya itu.
"Bila saya beritahu yang saya calon BN, maklum balas yang saya terima ialah mereka kata mereka akan tolong, akan mengundi BN.
"Saya minta mereka beri satu peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam
tempoh tiga tahun ini," kata Suhaimi dalam sidang media harian BN di
Permatang Pauh hari ini.
Ditanya mengenai kekuatan beliau, Suhaimi berkata beliau terlatih sebagai juruukur bahan dan pengurus projek.
"Dengan kemahiran saya dalam kejuruteraan dan jika terdapat peruntukan
diberikan kepada kerajaan pusat, saya boleh merancang projek pembangunan
di Permatang Pauh," katanya.
Juruukur bahan berusia 44 tahun itu adalah pengarah urusan bagi sebuah
syarikat pembinaan. Beliau juga setiusaha Umno Permatang Pauh.
No comments:
Post a Comment