Majlis pelantikan Tunku Ismail diadakan di Istana Pasir Pelangi
JOHOR BAHRU
– Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan
melantik anakanda baginda Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail sebagai
Pemangku Raja Johor.
Dalam satu
catatan di laman Facebook rasmi baginda, Sultan Johor memaklumkan
majlis pelantikan itu telah diadakan di Istana Pasir Pelangi di sini,
hari ini.
Beberapa keping gambar yang menunjukkan majlis sedang berlangsung, turut dikongsikan baginda dalam laman sosial berkenaan.
Turut
kelihatan berangkat ke majlis itu ialah anakanda-anakanda baginda yang
lain, serta menantunya Datuk Dennis Muhammad Abdullah.
Hadir sama
ialah Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal dan Pengerusi
Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi, Aminolhuda
Hassan.
Sultan
Johor bertitah, Tunku Ismail diberikan kepercayaan untuk menjalankan
tugas, dan mentadbir negeri Johor serta mempunyai semua kuasa yang
diperuntukkan kepada Raja dan boleh digunakan pada bila-bila masa.
Baginda tidak menyatakan sebab mengapa pelantikan itu dibuat.- Bernama
No comments:
Post a Comment