Sebanyak RM1.23 bilion diperuntukkan bagi pemberian kali ini
PUTRAJAYA
– Pembayaran fasa ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH), akan dilaksanakan
mulai 28 Ogos ini, melibatkan hampir 3.6 juta penerima dengan anggaran
peruntukan sebanyak RM1.23 bilion, kata Kementerian Kewangan.
Katanya,
pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing,
menggunakan maklumat akaun bank semasa pembayaran fasa kedua BSH.
Menurut
kementerian itu dalam satu kenyataan di sini hari ini, sejumlah RM2.85
bilion telah disalurkan bagi bayaran fasa pertama pada Januari, dan fasa
kedua pada Mei kepada isi rumah yang diluluskan, termasuk bayaran kadar
tambahan sebanyak RM120 bagi setiap orang anak tanggungan terhad kepada
maksima empat orang anak.
Anak
tanggungan merujuk kepada anak berumur 18 tahun dan ke bawah, dan juga
anak orang kurang upaya (OKU) tanpa had umur, katanya.
Katanya,
bagi memastikan program BSH 2019 disasarkan kepada mereka yang
benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan dibuka mulai 1 Julai hingga
15 Ogos, dan pembayaran bagi mereka yang diluluskan rayuannya dijangka
akan dibuat pada September ini.
Sekiranya
terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol
1-800-88-2747 serta e-mel kepada bsh@treasury.gov.my.
BSH
adalah program kerajaan demi kesejahteraan ekonomi rakyat, dengan
membantu golongan berpendapatan rendah (B40) meringankan kos sara hidup
mereka. – Bernama
No comments:
Post a Comment