Kenyataan Tun M cukup buktikan sikap rasis kumpulan pendesak Cina
BANGI– Kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Gabungan
Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) sudah cukup membuktikan sikap dan
pemikiran kumpulan pendesak itu, kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia
(Isma), Haji Aminuddin Yahaya.
Dr Mahathir hari ini menyifatkan Dong
Zong sebagai rasis kerana tidak pernah bersetuju dengan dasar pendidikan
negara, termasuk berkaitan isu tulisan khat dan jawi di sekolah.
Beliau dilaporkan berkata, selain isu berkenaan, kumpulan itu juga sebelum ini pernah membantah penubuhan Sekolah Wawasan.
“Dong Zong ini rasis, kita buat sekolah
satu kampus Sekolah Wawasan nak letak Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK)
Cina, SJK Tamil dan sekolah kebangsaan di dalam satu kampus, mereka
tidak mahu.
“Sebabnya (mereka) takut anak-anak dia
bercampur dengan Melayu, jadi dia tidak mahu. Semuanya (yang
dilaksanakan kerajaan) dia bantah, tidak pernah bersetuju dengan apa
pun,” kata Dr Mahathir.
Mengulas perkara itu, Haji Aminuddin
berkata, ramai orang Cina yang tidak ada masalah dengan orang Melayu,
tetapi Dong Zong yang menghasut kebencian kaum dalam kalangan masyarakat
Cina.
“Saya biasa berdialog dengan
pimpinan-pimpinan Dong Zong dan jelas daripada kenyataan-kenyataan yang
dibuat melihatkan kesombongan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.
Aminuddin berkata, beliau hairan dan
terkedu apabila ada pihak Melayu masih percaya serta menghormati Dong
Zong sedangkan kumpulan itu selalu merendah-rendahkan sistem sekolah
nasional.
“Pelik tetapi benar. Nasihat saya kepada
mereka ini, berkadarlah dalam memberi kepercayaan. Jangan hanya kerana
mahu sokongan, kita menggadaikan prinsip,” katanya.
No comments:
Post a Comment