ISMA WEB
Belum ada keputusan muktamad pemberian subsidi jemaah rayuan

BANGI
– Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengambil serius mekanisme bagi
memastikan subsidi kepada jemaah haji yang berjaya dalam rayuan
dikekalkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),
Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa.
Mengulangi
bahawa beliau tidak pernah membuat kenyataan menyatakan subsidi kepada
jemaah haji tidak akan diberikan, beliau menjelaskan bahawa TH akan
menanggung lebihan kos mengerjakan haji sebanyak RM12,920 bagi setiap
jemaah yang menerima tawaran mengikut giliran mereka.
Katanya,
isu yang ditimbulkan dan dimainkan adalah berkaitan rayuan, kerana pada
setiap musim haji akan ada satu bahagian yang dipanggil rayuan.
“Siapakah
mereka perayu-perayu ini? Nombor satu paling jelas dia bukan giliran
dia. Mereka ialah orang yang umurnya 75 tahun ke atas, orang tua… kita
akan beri keutamaan dalam kategori rayuan. Kedua ialah mereka yang
mengiringi orang tua ini. Maka yang mengiringi ini termasuk dalam
kategori rayuan.
“Begitu
juga dengan mahram… isteri dapat… yang umur bawah pada 45 tahun dia kena
bawa mahram dia… mahram dia mesti dapat rayuan… begitu juga dengan
isteri yang tak perlu mahram… 45 tahun ke atas tapi suami dia nak ikut
sebab tak dapat lagi (giliran).
“Kategori
rayuan… OKU kategori rayuan, mualaf… dan mereka ini layak untuk mendapat
subsidi. Sebab logiknya, rayuan mereka ini berpandukan kepada umur
mereka, keperluan mereka pergi dan sebagainya,” katanya pada siaran
langsung program ‘Bicara Politikonomi’ TV1 malam tadi.
Beliau
berkata, satu lagi kelompok ialah mereka yang merayu disebabkan takut
lewat untuknya mendapat giliran dan pada masa sama mempunyai wang.
“Maka dia
tidak termasuk dalam kategori itu. Orang begini pun kita mencari
mekanisme bagaimana mempermudahkan dia melakukan ibadat haji.
“Jadi
tidak timbul isu tidak memberi subsidi tetapi malangnya apabila ada
pihak tertentu telah membawa berita ini dan dijadikan bahan untuk
menyerang Tabung Haji seolah-olah dikaitkan kerajaan hari ini tak peduli
kepada kebajikan jemaah haji lalu dihapuskan subsidi dan dalam program
ini saya ingin menjelaskan bahawa ia tidak benar. Malah belum ada
keputusan,” katanya.
Menjawab soalah pengacara Sayed Munawar Sayed Mustar, Mujahid berkata:
“Kadang
kala kita berbincang dan masa berbincang ada option-option dibuat, tapi
option itu dijadikan keputusan. Bila dijadikan keputusan, itulah yang
diambil untuk diuar-uarkan kepada orang ramai, sedangkan ia tidak betul.
“Dan saya
ulang balik sekali lagi ia belum dimuktamadkan, tetapi mekanisme untuk
memastikan subsidi kekal dalam bentuk rayuan tadi, akan diambil kira
secara serius oleh TH,” katanya.
Sebelum
ini tular dalam media sosial jawapan yang diberikan TH menerusi Facebook
‘Official:
Lembaga Tabung Haji’, bahawa jemaah haji yang berjaya dalam
rayuan dan pengiring jemaah serta mahram perlu membayar kos penuh
sebanyak RM22,900 – tidak ada subsidi.
Mengenai dividen, beliau berkata, pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan