Memaparkan catatan dengan label PRK - RANTAU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRK - RANTAU. Papar semua catatan

Selasa, 16 April 2019

Kekalahan di Rantau jadikan Anwar bermasalah, kata penganalisis



PETALING JAYA: Kekalahan pada pilihan raya kecil (PRK) Rantau menjadikan Presiden PKR, Anwar Ibrahim bermasalah kerana ia menunjukkan pengundi bukan Melayu mula hilang kepercayaan kepada Pakatan Harapan (PH), menurut seorang penganalisis politik.

Kamarul Zaman Yusoff berkata, Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau merupakan kawasan pilihan raya berbilang kaum dan walaupun PKR juga sebuah parti berbilang kaum, “kelihatan pengundi India tidak sepenuhnya menyokong calon PKR”.

PRK mencalonkan pakar bius, Dr D Streram untuk berdepan timbalan presiden Umno dan bekas menteri besar Negeri Sembilan, Mohamad Hasan yang mewakili Barisan Nasional (BN). Mohamad menang dengan majoriti 4,510 undi.

“Ini menunjukkan orang India tidak berpuas hati. Begitu juga orang Melayu yang mengundi menentang PH,” Kamarul memberitahu FMT.

Beliau berkata, PH perlu memeriksa kenapa parti kerajaan itu kehilangan pengaruh, sehinggakan tokoh besar seperti Anwar tidak berjaya meyakinkan pengundi supaya memilih PH.

Komposisi pengundi di DUN Rantau terbahagi sama rata antara 55% pengundi Melayu dengan 45% bukan Melayu.

Kamarul Zaman berkata, satu sebab lain kenapa PH tewas di Rantau ialah faktor pilihan calon.

Beliau berkata, Anwar sepatutnya tahu bahawa Mohamad atau Tok Mat merupakan “tokoh besar dan beliau sepatutnya meletakkan tokoh yang sama besar sebagai calon”. PH memerlukan calon boleh memang bagi menghadapi tokoh besar BN.

Katanya Anwar sepatutnya tidak mencalonkan pemimpin tidak ternama di Rantau kerana ia adalah sebuah kawasan pilihan raya dengan komposisi kaum yang seimbang.

Mohamad merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rantau selama 3 penggal dan menteri besar Negeri Sembilan selama 14 tahun.

“Pengundi bukan Melayu sedar Umno bekerjasama dengan PAS, namun mereka memilih untuk mengundi BN. Pengundi nampaknya semakin yakin dengan BN,” katanya.

PRK Rantau diadakan sebulan sebelum satu lagi PRK di kerusi Parlimen Sandakan, Sabah pada 11 Mei depan. Kerusi itu kosong berikutan kematian penyandangnya, ahli Parlimen 2 penggal dan pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong Tien Fatt.

'PH kalah di Rantau sebab tak faham kerisauan rakyat'


   

Kegagalan Pakatan Harapan (PH) menangani masalah rakyat seperti kos sara hidup menjadi punca kekalahan gabungan itu dalam PRK Rantau, kata beberapa penganalisis.

Selain itu, mereka juga menyatakan faktor calon - bagi PH dan juga BN - turut menyumbangkan keputusan Sabtu lalu.

Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Mazlan Ali berkata di mata pengundi, masalah seperti kos sara hidup dan subsidi lebih utama berbanding reformasi institusi.

Beliau memberikan penstrukturan semula Bantuan Sara Hidup (dahulunya Bantuan Rakyat 1Malaysia) sebagai contoh.

"Kerajaan PH gagal menyelesaikan perkara yang membabitkan kehidupan rakyat. Kos sara hidup masih tidak turun...Rakyat tidak peduli isu besar, reformasi itu dan ini misalnya.

"Apa yang mereka tahu adalah survival. Apabila membabitkan soal ekonomi, rakyat tak boleh bertahan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Mazlan Ali
Selain itu, katanya, BN dan PAS dilihat masih berjaya memainkan naratif kedudukan Islam dan Melayu serta Raja-raja terjejas di bawah pentadbiran PH.

Teras pertama Manifesto PH adalah berkenaan meringankan beban kehidupan rakyat, antaranya melalui pemansuhan GST dan kutipan tol (yang belum dilaksanakan).

Selain itu PH juga berjanji untuk memperkenalkan subsidi petrol bersasar - yang kini dalam perancangan - dan menyamaratakan gaji minimum sebelum meningkatkannya.

Semalam bekas menteri kewangan Daim Zainuddin turut mengatakan keputusan PRK Rantau adalah susulan kemarahan rakyat berkenaan isu kos sara hidup tersebut.

Menurut Astro Awani, beliau berkata kekalahan itu adalah cabaran kepada kerajaan untuk berdepan sentimen rakyat namun berpandangan keadaan akan menjadi lebih baik dalam masa enam bulan lagi.
Sementara itu, Pengarah Institut Kajian Strategik Malaysia (MYRISS) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Mohd Mizan Aslam juga membangkitkan apa yang menurutnya "keutamaan kerajaan" sebagai punca kekalahan.

"Sebelum berkuasa mereka mempuyai hala tuju perjuangan yang jelas, namun, bila sudah ada kuasa tidak boleh fokus kepada perjuangan.

"PH tidak lagi meletakkan keutamaan untuk selesaikan masalah-masalah ataupun keresahan masyarakat umum. Kedudukan Islam dan Melayu juga dilihat semakin terhakis," katanya.

Katanya, kebebasan bersuara pada masa ini boleh menjadi "senjata makan tuan" kepada kerajaan.
Seorang lagi penganalisis politik Dr Azmi Hassan daripada UTM pula menyifatkan calon PH Dr S Streram bukan lawan calon BN Mohamad Hasan.

Katanya, pemilihan Streram sebagai calon sebenarnya telah menandakan kemenangan buat BN.
"Apatah lagi ada pihak dalam PKR sendiri yang pada mulanya tidak setuju dengan langkah itu," dakwanya lagi.

Sabtu lalu, Mohamad kekal sebagai wakil rakyat Rantau apabila mendapat 10,379 undi, menewaskan Streram yang meraih 5,887 undi serta dua calon bebas, R Malar (83) dan Mohd Nor Yassin (79).


Isnin, 15 April 2019

Masyarakat India ‘muak, bosan’ dengan pimpinan India, faham atau tidak?

Kasthuri Jeevendran
xMGF13042019_HARI-PENGUNDIAN-RANTAU16-1-681x454
Reaksi seorang pengundi India sewaktu membuat undian pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Kecil N.27 Rantau di Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Rantau, Bandar Ekar, Negeri Sembilan. foto HAZROL ZAINAL
 

KUALA LUMPUR – Tidak ada apa yang menghairankan apabila pengundi dalam kalangan masyarakat Cina dan India tidak keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau .

Walaupun sebelum ini pemimpin Pakatan Harapan (PH) ‘terlebih yakin’ akan mendapat sokongan majoriti masyarakat Cina dan India, namun hakikatnya golongan itu juga tidak bersemangat untuk mengundi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) masyarakat India yang mana sebahagian besarnya telah beralih arah daripada menyokong ‘dacing’ dan MIC selama hampir 60 tahun dengan memberikan undi mereka kepada pimpinan PH khasnya pemimpin India.

Rata-rata mereka begitu ‘tertarik’ serta mempunyai harapan menggunung apatah lagi mendengar ucapan berapi-api membenci kerajaan terdahulu serta janji bulan bintang seandainya diberikan kemenangan besar.

Namun setelah menang, sehingga kini persoalan yang timbul apakah jenis inisiatif serta janji yang sebelum ini dijanjikan oleh pimpinan PH khasnya dalam kalangan India namun tidak nampak apa-apa lagi.

Kata calon Rantau PH, Dr. S.Streram dalam nada terkejut, beliau tidak menyangka keputusan begitu ‘teruk’ diterima dengan hanya mendapat 5,887 undi berbanding lawannya, calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan yang memperoleh 10,397 undi.

Streram mendakwa dirinya tidak percaya dengan sokongan masyarakat Cina dan India yang begitu rendah keluar mengundi di DUN tersebut untuk PRK kali ini.

RT Raja

Bagaimanapun, menurut Ahli Majlis Jawatankuasa Kerja Pusat MIC, RT Raja kepada MalaysiaGazette sebentar tadi, beliau tidak terkejut dan meminta keseluruhan pimpinan khasnya pemimpin India PH ‘celik’ dan sedar diri selepas ini.

Kata Raja, tidak ada apa-apa yang menghairankan kerana memang terang lagi bersuluh ramai dalam kalangan rakyat yang menyokong ‘bermati-matian’ kepada kerajaan PH ini sebenarnya semakin bosan dan muak.

Bukan sahaja hampir tidak ada apa-apa yang dibuat selain daripada hanya bersandarkan dengan inisiatif serta kebaikan kerajaan terdahulu kepada masyarakat India, hakikatnya pimpinan India walaupun mempunyai bilangan Menteri, Timbalan, barisan exco dan yang lain, namun tidak berguna.
“Bak kata pepatah, ‘lembu punya susu, sapi dapat nama’. Itulah hakikat sebenarnya ketika ini.

Pemimpin India PH tidak banyak menyumbang kecuali mengeluarkan segala macam kenyataan tidak berfaedah dan menguntungkan masyarakat India.

“Kadang-kadang mereka ini seolah-olah pembangkang sahaja. Hanya bercakap dan tidak berbuat apa-apa. Memang masyarakat India akan bosan kerana mereka tidak mendapat sebarang manfaat. Cakap sahaja macam tin kosong.

“Tapi bila pilihan raya, macam-macam kamu cakap dan janji lagi. Janji PRU-14 pun tidak lepas wahai PH. Cukuplah dengan retorik kamu.

“Adakah Dr Streram atau Anwar Ibrahim mahupun pimpinan PH fikir dengan menari dan menyanyi seperti MGR dan artis lain anda sudah menang kami? Apakah kamu fikir kami ini begitu cetek sekali? Ada banyak isu yang perlu ditangani tetapi sehingga kini, kamu sekadar tuding jari.

“Kemudian datang lagi pilihan raya, kamu janji lagi. Selang seli itu, kamu bangkitkan lagi sentimen perkauman, masa PRK Cameron Highlands, kamu kata tidak ada dalam kalangan masyarakat Melayu atau India akan beli kuih dengan Orang Asli. Kamu kalah teruk di situ.

“Kemudian kamu cakap lagi tidak mahu makan di kedai lain selain kedai orang India semata-mata mahu dapatkan undi. Tapi kemudian kamu salahkan UMNO dan Pas kerana mainkan isu perkauman?

“Kamu fikir masyarakat India bodoh atau bebal dengan berterusan mainkan politik murahan seperti ini? Kuasa dalam tangan kamu, buatlah apa yang patut daripada terus menyalahkan semua kecuali diri kamu sekelian,” tegasnya.
MGF06042019_ANWAR BERSAMA MASYARAKAT INDIA02
Reaksi bersahaja Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika 
menari pada Malam Kebudayaan Masyarakat India bagi membantu 
calon PH, Dr. S. Streram yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil 
(PRK) N.27 Rantau
Selepas memenangi Parlimen Cameron Highlands dan merampas kerusi DUN.  Semenyih sebelum ini, Barisan Nasional (BN) terus mencipta kejayaan cemerlang apabila mengekalkan DUN Rantau dalam PRK yang berlangsung semalam.

Dua calon bebas iaitu R. Malarvizhi mendapat 83 undi, manakala Mohd. Nor Yassin 79 undi.
MGF06042019_KEMPEN CALON BN_27
Calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan (kanan) berbual mesra 
dengan penduduk India, Johnson Soosai Michel (dua kanan) da
sebahagian keluarga sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK
N.27 Rantau
Kekalahan PH di Rantau yang merupakan kegagalan kali ketiga berturut-turut mengesahkan bahawa rakyat tidak puas hati dengan prestasi kerajaan sedia ada.

Dengan cubaan memainkan isu, kemungkinan kaum bukan Melayu diabaikan jika gabungan pembangkang menang, kebanyakan pengundi di Rantau tidak termakan dengan dakwaan seumpama itu.

BN menang besar di PDM Pekan Sagga yang lebih 60 peratus pengundi terdiri daripada kaum India, begitu juga di Linsum. BN juga menang di PDM Angsamas, Kampung Mambau, Rantau dan Kuala Sawah yang tidak mengundi calon BN, Khairy Jamaluddin di peringkat Parlimen dalam PRU-14, Mei tahun lalu.

Walaupun DUN Rantau mencatat peratusan keluar mengundi tertinggi berbanding enam PRK sebelum ini dengan 79 peratus namun hakikatnya pengundi India dan Cina tidak begitu teruja berbanding Melayu. –MalaysiaGazette

Streram kalah, penyokong mengamuk tumbuk seorang Datuk

MGF13042019_STRERAM PULANG93
Calon PH, Dr. S. Streram meninggalkan Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan selepas mengetahui keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Bandar Ekar, Rantau, Negeri Sembilan. foto NOOREEZA HASHIM


PRK RANTAU – Suasana di luar Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan di Bandar Ekar di sini menjadi tegang berikutan rasa tidak puas hati sesama penyokong berketurunan India selepas kekalahan calon mereka Dr S Streram.

Insiden itu bermula apabila seorang penyokong dari Kuala Lumpur yang menganjurkan prgram kebudayaan untuk pengundi India  menuduh penyokong di Rantau tidak bekerja bersungguh-sungguh untuk calon dan parti sepanjang kempen.

Beliau mendakwa keadaan itu menjadi punca Dr Streram tewas selain puluhan ribu wang yang dibelanjakan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau dibazirkan begitu sahaja.

Pergaduhan bermula sebaik sahaja keputusan rasmi PRK Rantau disahkan Suruhanjaya Pilihan Raya dan disiarkan menerusi skrin putih khas di BGU termsuk proses penjumlahan undi kira-kira pukul 7.30 petang.

Bermula dengan pertikaman lidah, suasana menjadi semakin panas apabila mereka bertolak sesama sendiri sehingga ke satu peringkat berlaku adegan tumbuk menumbuk.

Individu tersebut juga bersuara kasar ke arah Dr Streram menyebabkan pergaduhan antara penyokong tempatan kawasan Rantau dengan kumpulan individu dari ibu negara itu.

Pengamal media yang ada di tempat kejadian untuk mendapatkan reaksi Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun dan Dr Streram mengenai keputusan PRK turut menjadi sasaran kumpulan yang bergaduh itu.

Jurukamera dan jurufoto MalaysiaGazette, Astro Awani, The Star, BNC, dan MalaysiaKini yang merakamkan kejadian tersebut diberi amaran supaya berhenti berbuat demikian atau pun kamera mereka akan dipecahkan.

Seorang individu bergelar Datuk turut ditumbuk dalam kejadian itu sebelum beliau ditarik keluar dan dibawa masuk ke restoran bersebelahan BGU.

Polis dikejarkan ke lokasi sebelum Streram turun diiringi sorakan reformasi oleh para penyokong.
Beliau kemudian menaiki kereta BMW dan meninggalkan tempat itu sekitar pukul 8 malam manakala Menteri Besar menunggu di bilik mesyuarat BGU sebelum bercakap kepada media. – MalaysiaGazette

LIHAT VIDEO DI SINI

Hadi turut sumbang kemenangan Mat Hasan

MALAYSIAKINI

   

PRK RANTAU | Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan kehadiran Presiden PAS, Abdul Hadi Awang ketika kempen PRK turut memberi sumbangan kepada kemenangan calon mereka, Mohamad Hasan.

Selain itu, katanya, jentera PAS dan kehadiran Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di Negeri Sembilan juga dilihat sebagai satu formula "penyatuan ummah" yang memenangkan calon pembangkang.

"Tahniah dan terima kasih juga kepada semua pengundi serta jentera PAS khususnya DHPP.

"Kehadiran Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang turut berkempen juga menggamit lautan hadirin dengan pidato yang bernas.

"Inilah formula penyatuan ummah yang dinantikan rakyat selama ini," katanya dalam satu kenyataan.

Semalam pemangku presiden Umno Mohamad Hasan mempertahankan kerusi yang diwakilinya sejak 2004 selepas mengetepikan tiga pencabar lain, termasuk calon PH, Dr S Streram.

Mohamad yang juga bekas menteri besar Negeri Sembilan itu mengekalkan kerusi Rantau dengan majoriti 4,510 undi.

Sebelum Rantau, pembangkang juga mengekalkan kerusi parlimen Cameron Highlands dan merampas kembali kerusi DUN Semenyih pada dua PRK yang terakhir.

Untuk rekod PAS dengan Umno adalah seteru politik yang bertelagah sejak sekian lama.

Namun, kedua-dua parti itu menjalinkan kerjasama atas nama kepentingan Islam selepas BN tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

Sementara itu Ahmad Samsuri yang pengarah Pilihan Raya PAS Pusat berkata, kemenangan Mohamad adalah manifestasi pilihan rakyat yang ingin menuntut supaya kerajaan menunaikan manifesto yang dijanjikan.

"Isyarat rakyat adalah jelas - dengan komposisi pelbagai kaum yang agak seimbang, rakyat tetap membuat pilihan yang bijak," katanya.


[UPDATE] Suspek ketiga ditahan


Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
 


PENIAGA ayam berusia 37 tahun menjadi individu ketiga yang ditahan berikutan menggeledah kereta peronda polis (MPV) di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, Rantau, Seremban, semalam.

Sumber polis berkata, lelaki itu yang juga penyokong sebuah parti ditahan di Rantau, 4 petang, hari ini.

Katanya, polis setakat ini sudah menahan tiga daripada lima suspek yang memeriksa MPV terbabit sebaik mereka mendakwa polis membawa lebihan kertas undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, semalam.

“Tiga lelaki ini akan dibawa ke Mahkamah Seremban 9 pagi esok untuk permohonan reman,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop dihubungi mengesahkan mengenai penahanan itu.

Katanya, satu sidang media khas akan diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, 2.30 petang, esok.

Portal berita Harian Metro, hari ini melaporkan dua daripada lima suspek berusia 52 dan 36 tahun masing-masing ditahan di daerah ini dan Rantau jam 12 tengahari, hari ini, ekoran kejadian berkenaan.

Terdahulu, Mohamad dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban menyifatkan tindakan lima lelaki itu sangat melampau dan mencabar tugas anggota polis.

Beliau dipetik sebagai berkata, perbuatan itu adalah yang pertama dalam negara apabila orang awam berani menggeledah kenderaan polis.

Tindakan tegas pada ahli bergaduh, tahan kereta polis - Anwar

Bernama  

   

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan tindakan tegas akan diambil jika ada anggota parti itu yang terbabit dalam insiden pergaduhan dan memeriksa sebuah kereta peronda polis (MPV) di Rantau, Negeri Sembilan, semalam.

Beliau berkata kedua-dua insiden itu tidak boleh dipandang ringan kerana tiada sebab untuk mana-mana individu bersikap biadap atau angkuh seperti yang berlaku.

"... tiada sebab juga untuk (individu terlibat) mengambil alih kuasa dan kerja polis. Jika benar ini berlaku, saya sokong tindakan tegas polis kerana parti ini adalah parti yang menghormati undang-undang.

"Saya juga sudah merujuk kepada Biro Disiplin untuk membuat siasatan dalaman dan mereka bebas untuk mengambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikkan Pejabat PKR Pahang di Kuantan Avenue, di Kuantan, hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, yang juga Anggota Parlimen Indera Mahkota, dan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri, Fuziah Salleh.

Anwar berkata demikian semasa diminta mengulas insiden pergaduhan yang didakwa berlaku di Bilik Gerakan Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau melibatkan dua kumpulan dalam PKR selepas keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau diumumkan semalam.

Selain itu, turut tular di media sosial hari ini, ialah rakaman video lima lelaki, didakwa penyokong PH memaksa dua anggota polis membuka but MPV di hadapan pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, Rantau kerana mengesyaki kereta polis itu membawa kertas undi ke pusat pengundian.

Dalam perkembangan lain, Anwar menyifatkan kekalahan PH pada tiga PRK iaitu Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau secara berturut-turut sebagai bukan suatu trend kerana ia bergantung kepada kawasan dan pengundi di situ.

"Kita menang empat PRK (Sungai Kandis, Seri Setia, Balakong dan Port Dickson) sebelum itu. Kita harus terima hakikat bahawa Rantau adalah kubu Tok Mat (calon Barisan Nasional Datuk Seri Mohamad Hasan) selama 15 tahun.

Menurutnya, kekalahan itu juga sebagai peringatan daripada rakyat yang semakin bijak menilai kerajaan untuk bekerja lebih kuat dalam menangani masalah dan menepati janji yang dibuat sebelum ini.- Bernama


Bayaran kempen punca gaduh di bilik gerakan PH

MALAYSIAKINI

   

Tidak puas hati terhadap bayaran kempen punca pergaduhan yang berlaku di Bilik Gerakan Utama (BGU) Pakatan Harapan (PH) di Bandar Ekar, Rantau malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Negeri Sembilan, Mohamad Mat Yusop berkata, kejadian 7.30 malam itu menyebabkan seorang lelaki berusia 50 tahun cedera akibat ditumbuk dan dicekik.

“Kejadian itu bermula dengan perang mulut sebelum mangsa cuba meleraikan. Lelaki itu difahamkan menjadi orang tengah antara calon PKR, Dr S Streram dengan ahli parti berhubung pembayaran kempen.

“Pergaduhan meletus dengan maki hamun dan tolak-menolak sebelum mangsa dicekik dan ditumbuk,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Katanya, polis mengerahkan 10 anggota ke lokasi namun sebaik tiba, pergaduhan sudah berlaku sesama ahli parti terbabit.

Mohamad berkata, anggotanya sempat mengiringi Dr Streram keluar dari bilik gerakan berkenaan.

“Mangsa membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di Kuala Lumpur, jam 12.01 tengah malam. Laporan itu akan disiasat di daerah ini mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang memburu lima suspek utama pergaduhan berkenaan dan mencari saksi kejadian.

Tambah beliau, sepanjang PRK berlangsung polis menerima 135 laporan dengan 21 kertas siasatan dibuka berkaitan kesalahan pilihan raya.

“Buat masa ini satu kes sudah didakwa di mahkamah dan selebihnya masih menunggu arahan Timbalan Pendakwa Raya,” katanya.


Sabtu, 13 April 2019

PRK Rantau: Saya tidak berapa optimis, tapi harap kita menang - Tun M

Isabelle Leong, Astro Awani
PRK Rantau: Saya tidak berapa optimis, tapi harap kita menang - Tun M
Dr Mahathir ketika ditemui pemberita selepas Majlis Makan Malam Gala ANSARA di Seri Kembangan malam ini. - Astro AWANI
 
SERI KEMBANGAN: “Saya tidak berapa optimis tetapi saya harap kita menang.”

Itu kata-kata Tun Dr Mahathir Mohamad apabila ditanya sama ada beliau yakin calon Pakatan Harapan (PH) Dr S Streram mampu memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada Sabtu.

Perdana Menteri berkata pihaknya mengharapkan kemenangan di kerusi itu walaupun peluangnya tipis kerana ia merupakan persaingan yang amat sengit.
 
“Kita berharap kita mendapat kemenangan walaupun ia sukar.

“Kalau menang pun, undi majoritinya sedikit, dan kalau kalah, saya berharap undi majoritinya juga sedikit,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Makan Malam Gala Persatuan Bekas Pelajar Maktab Rendah Sains MARA (ANSARA) di sini pada Jumaat.

PRK DUN Rantau menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Dr Streram; Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mewakili Barisan Nasional (BN) dan dua lagi calon bebas iaitu Malarvizhi Rajaram dan Mohd Nor Yassin.

Ia diadakan selepas Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan Mohamad untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban, pada 16 Nov lepas, yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi kerusi DUN itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14, terbatal dan tidak sah.

KJ 'cucuk' Kulasegaran ceramah 'kaum kita kena undi Streram'

MALAYSIAKINI

   
PRK RANTAU | Satu video ceramah Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran dalam Bahasa Tamil, yang merayu agar kaum India mengundi Pakatan Harapan (PH) esok, menarik perhatian Khairy Jamaluddin.

Sambil menandakan anggota parlimen DAP itu, Khairy berciap di Twitter: "Saya harap terjemahan (ceramah Kulasegaran) tidak betul."

Dalam rakaman 58 saat yang diiringi sari kata Bahasa Melayu itu, Kulasegaran memberitahu hadirin bahawa beliau akan mendapat malu jika pengundi India tidak mengundi calon PH Dr S Streram.

"Kalau tidak macam mana saya boleh tunjuk muka nanti, kalau kaum saya keturunan saya...Streram dari kaum kita sendiri, kita semua kaum sama, darah sama, jadi apa akan terjadi kalau kita tidak memberi sokongan untuk kaum sendiri.

"Kalau tidak apa boleh kami buat (beritahu) kabinet nanti? 'Mereka' akan kata yang bertanding pula dia (Mohamad Hasan) dari kaum dan agama lain tetapi untuk dia pula orang Tamil undi. Cuba fikirkan keadaan ini.

"Semasa saya jadi menteri, banyak masalah (orang India) yang dibawa kepada saya boleh dibawa ke menteri Cina dan Melayu, tetapi mereka (orang India) tidak akan pergi (kepada menteri kaum lain).

"Ini kerana mereka (orang India) gembira kalau pergi kepada menteri India," katanya, menurut sari kata video itu.

 Kulasegaran juga berkata beliau lebih suka untuk makan di restoran yang diusahakan orang India ketika berkempen di Rantau.

"Dekat sini ada banyak kedai Cina dan Melayu...(Tetapi) kita akan pergi ke kedai orang India sahaja. Sebabnya ini merupakan kaum kita," katanya lagi.

Malaysiakini telah mengesahkan bahawa terjemahan Bahasa Melayu ucapannya yang disertakan di video tersebut tepat.

Menurut video itu, anggota parlimen Ipoh Barat itu berucap dalam program PH di Bandar Ekar malam tadi.

Mengulas video itu, beberapa pengguna Twitter membangkitkan bagaimana ahli politik BN juga menggunakan cara yang sama untuk mendapatkan undi.

Ia membuatkan beberapa pengguna lagi berkata PH sering mengkritik BN apabila berbuat demikian tetapi pada masa sama turut melakukannya.

Malaysiakini sedang menghubungi Kulasegaran untuk mengulas perkara ini.

Selain Streram dan Mohamad, PRK Rantau turut melibatkan dua calon Bebas iaitu R Malarvizhi dan Mohd Nor Yassin.

Pengundi India merangkumi 27 peratus daripada jumlah pengundi di DUN tersebut.

LIHAT TWITTER DI SINI

Di malam terakhir kempen, BN anjur munajat dan solat hajat


   

PRK RANTAU | Di malam terakhir kempen PRK DUN Rantau, BN dan PAS mengadakan majlis munajat dan sembahyang hajat bagi memohon kemenangan Mohamad Hasan.

Kira-kira 250 hadirin berkumpul di padang di belakang rumah calon BN itu untuk program tersebut.

Imam sembahyang hajat, dalam doanya, memohon agar Allah mengekalkan Mohamad - bekas menteri besar Negeri Sembilan - kekal menjadi wakil rakyat mereka.

"Semoga hamba-Mu Mohamad Hasan akan menjadi wakil kepada kami sekalian, ya Allah.

  Kurniakanlah kemenangan untuk kami langsungkan tanggungjawab kami sebagai muslim di atas muka bumi ini.

"Ya Allah, janganlah menangkan mereka yang menjadi penentang dan musuh-Mu," kata imam itu.

DUN Rantau mempunyai 20,804 pengundi berdaftar. Esok mereka akan memilih sama ada Mohamad, calon PKR Dr S Streram atau dua calon Bebas, R Malar dan Mohd Nor Yasin sebagai wakil rakyat baru DUN itu.

Ketika ditemui pemberita selepas program, Mohamad berkata beliau yakin akan mendapat kemenangan tetapi enggan mengatakan sama ada dia menyasarkan kemenangan besar atau sebaliknya.

"Janji menang cukuplah. Menang 10-0 atau 1-0, janji dapat tiga mata," katanya.

Jika Mohamad Hasan menang esok, ia bermakna BN mencatat hatrik selepas PRK Cameron Highlands dan Semenyih.

Tinjauan Malaysiakini mendapati kebanyakan pengundi akan membuat pilihan sama seperti undian mereka untuk Parlimen Rembau pada PRU ke-14.

Ini bermakna PRK esok akan menyaksikan persaingan sengit antara Mohamad dan Streram.

PRK ini diadakan selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang mengisytiharkan kemenangan tanpa bertanding Mohamad pada PRU lalu tidak sah dan terbatal.

Ia selepas Streram - juga dicalonkan PH untuk PRU ke-14 - dihalang daripada menghantar borang pencalonan ketika hari penamaan calon pada 28 April 2018.


Jumaat, 12 April 2019

Tok Mat menang selesa, majoriti bertambah di Rantau: Kajian GPS

Oleh Siti Fatimah Ishak 

Peningkatan trend pengundi Melayu tapi undi Cina mungkin menurun


BANGI – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau mampu menewaskan calon lain, malah mungkin menang dengan majoriti antara 3,000 hingga 5,000 undian, kata Gerakan Pengundi Sedar (GPS).

GPS adalah gerakan yang ditubuhkan pada Oktober 2017 atas kesedaran bahawa rakyat memerlukan penunjuk arah untuk menghadapi Pilihan Raya Ke-14 (PRU14).

Ahli Jawatankuasa GPS, Arif Anwar berkata, gerakan itu mendapati Mohamad Hasan atau Tok Mat akan mengekalkan kemenangan, malah dijangka mendapat majoriti undi lebih tinggi.

Jangkaan ini berdasarkan kajian lapangan di kawasan DUN Rantau pada 8 sehingga 11 April lalu menerusi 408 responden, membabitkan semua kaum, jantina dan umur pengundi serta lokaliti, menggunakan teknik persampelan rawak berstrata.

Katanya, hasil dapatan mendapati pengundi Melayu memberi sokongan yang padu terhadap Tok Mat, dengan 75 peratus pemilih muda bawah 30 tahun menyokong Timbalan Presiden UMNO itu.

Arif berkata, walaupun 66 peratus responden dari pengundi Cina menyokong Dr Streram, mereka juga dilihat mengambil pendirian ‘tunggu dan lihat’ kerana masih buntu menilai prestasi pentadbiran kerajaan PH.

“Hal ini dapat disimpulkan kerana 55-64 peratus responden cina menjawab ‘tidak pasti’ untuk soalan ‘adakah anda berpuashati dengan prestasi kerajaan persekutuan’.

“Oleh itu, GPS meramalkan bahawa peratusan keluar mengundi bagi masyarakat Cina rendah. Malah, trend ini terbukti sejak PRK Semenyih lagi,” katanya.

Mengulas lanjut, Arif berkata, baki 34 peratus pengundi Cina yang menyatakan berpuas hati dengan pentadbiran Tok Mat sebelum ini masih belum boleh menjamin kemenangan bergaya BN, kerana secara keseluruhan hanya 47 peratus pengundi Cina yang menyatakan kesediaan untuk keluar mengundi.

Namun, katanya, pengundi India secara umumnya ramai yang cenderung untuk mengundi Dr Streram iaitu sebanyak 59 peratus, malah jumlah pengundi India yang masih atas pagar juga adalah signifikan.

“Apa yang dapat disimpulkan, Dr Streram dijangka sukar untuk menang PRK ini, malah majoriti Tok Mat bertambah banyak 3,000 hingga 5,000 undi kerana sokongan padu pengundi Melayu, dan pengundi Cina kurang turun mengundi. Trend pengundi Cina berterusan dari PRK Semenyih yang menyaksikan kaum mereka teragak-agak untuk menilai sesuatu isu,” katanya.

GPS yakin trend PRK Semenyih sememangnya merebak ke PRK Rantau, khususnya untuk pengundi Melayu dan Cina, cuma pada PRK kali ini ia menunjukkan peningkatan trend pengundi Melayu kerana kerusi ini ditandingi ‘giant leader’.

“Sekiranya benar Tok Mat menang, ia menjadi satu petanda bahawa pengundi Melayu luar bandar menolak PH dan tidak terkesan dengan momokan kesatuan UMNO-PAS. Ini satu perkara yang harus difikirkan secara serius oleh PH menjelang PRU15 nanti,” katanya.

Esok, menjadi penentu selepas hampir dua minggu kempen, menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Tok Mat, Dr S Streram dan dua calon bebas iaitu suri rumah, R. Malarvizhi dan bekas pensyarah, Mohd Nor Yassin.


Kekebalan Tok Mat bakal teruji di Rantau



   

PRK RANTAU | Selama lebih 14 tahun, Mohamad Hasan mempunyai pengaruh yang besar di Rantau. Semua kerusi yang ditandingi beliau akan beroleh kemenangan dengan tahap sokongan tidak pernah kurang 65 peratus daripada jumlah undian keseluruhan.

Selepas berjaya membantu BN memenangi dua pilihan raya kecil (PRK) sebelum ini sebagai pemangku tugas presiden Umno, Mohamad dijangka bakal mengekalkan kemenangannya dalam PRK esok.

Bagaimanapun, bekas menteri besar Negeri Sembilan itu tidak lagi dilihat sebagai kebal seperti sebelum ini.

Meskipun PRK ini adalah pertandingan empat penjuru termasuk dua dari calon bebas iaitu R Malar dan Mohd Nor Yassin, tetapi ia dijangka bertumpu antara calon PH Dr S Steram dan Mohamad.

Dari segi kehadiran kempen ceramah, ia dilihat bukan kayu ukur yang sesuai untuk melihat sokongan sebenar kerana ramai yang datang bukan dari kalangan pengundi di Rantau.

Tidak seperti PRK Cameron Highlands dan Semenyih yang mana kemenangan BN dapat dilihat dalam kempen saat akhir, sokongan pengundi di Rantau masih tidak jelas pada pada hari terakhir sebelum pengundian.

Rata-rata pengundi Rantau yang ditemui Malaysiakini menyatakan sokongan yang tegas sama ada untuk BN atau PH.


Jika sebahagian besar pengundi ini mengekalkan sokongan mereka seperti sebelum ini, PRK Rantau akan menyaksikan saingan sengit dengan perbezaan undi yang sedikit.

Pengundi DUN Rantau tidak mengundi sebelum ini, semasa pilihan raya umum lepas kerana Mohamad menerima kemenangan tanpa bertanding. Bagaimanapun, mereka mengundi di peringkat parlimen.

Berdasarkan data parlimen, kira-kira 48.01 peratus memilih PH manakala 45.6 peratus menyokong BN. PAS menerima 4.54 peratus daripada jumlah undi.

Ini tidak bermakna bahawa Mohamad akan kalah jika ada pertandingan untuk kerusi DUN Rantau pada pilihan raya umum ke-14, kerana dia disukai oleh penduduk tempatan dan mempunyai daya tarikan peribadi.

'Sentuhan peribadi Mohamad'

Dilahirkan dan dibesarkan di Rantau, Mohamad yang juga dikenali sebagai Tok Mat atau Mat Hasan sangat dikenali kebanyakan pengundi di sana yang menghargai sumbangannya.

"Dia telah banyak membantu masyarakat India, sekolah, kuil dan pendidikan untuk anak-anak kita, dia membantu setiap kaum," kata Murugan, seorang mekanik berusia 53 tahun kepada Malaysiakini ketika ditemui di Taman Kelab Tuanku, sebuah daerah mengundi di mana BN menang pada PRU lalu di peringkat parlimen.

Pengundi Melayu di kawasan pedalaman juga dilihat senang dengan Mohamad kerana dikatakan sering meluangkan masa menghadiri majlis karamaian atau pengkebumian.

Malah, penyelaras PH, Azmi Said mengakui pengundi di Kampung Sega, yang merupakan kawasan pengundi terbanyak BN di Rantau, majoritinya masih setia dengan Umno.

"Mereka masih setia kepada Tok Mat dan Umno, dia selalu pergi kenduri atau majlis keraian.

"Dia masuk kampung-kampung memang tak ada protokol, dia nak masuk dapur makan ke tapau makanan ikut suka hati dia saja. Itu kelebihan dia," kata Azmi yang juga ketua jawatankuasa kampung Kampung Sega Hilir.

Azmi juga turut menambah bahawa keluarganya sendiri masih menyokong BN, walaupun dia telah menjadi anggota PKR selama 18 tahun.

Dalam siri kempennya, Mohamad juga sering dilihat membuat tinjauan secara bersendirian untuk melawat pengundi di sebelah petang tanpa memaklumkan kepada media atau pegawainya sendiri.
Berbeza dengan Streram - yang telah tinggal di Rantau lebih daripada tiga tahun, yang digambarkan oleh pengkritik sebagai watak yang janggal.

"Kami pernah minum bersama dia, kami cuba (mengenali dia), tetapi kami tidak dapat memahami apa yang dikatakannya," kata pengundi Felda Sendayan, Saiful Sarani, 37 tahun.

Turut tidak senang dengan gaya Streram, seorang lagi penyokong BN dari Kampung Sega Hulu, Mohd Amin Hashim yang mengimbas ketika calon PH itu membuat lawatan mangsa banjir sebelum ini.

"Streram dibawa untuk melihat mangsa banjir sebelum ini dan mereka yang mengalami banjir telah kehilangan semua harta benda mereka, tetapi Streram tengok sahaja dan hanya bertanya sejauh mana tahap banjir yang dialami.

"Kami pun tunjuklah (banjir) dekat tiga kaki, kemudian dia balik," cerita Mohd Amin.

Malah, isteri Mohd Amin, Intan turut memberikan maklum balas dengan menyatakan bahawa Streram "tidak sensitif".

Bagaimanapun, Mohd Amin berkata mangsa banjir akhirnya mendapat bantuan daripada Mohamad.
Streram, seorang pakar bius, dilihat kelihatan kurang karisma berbanding Mohamad.

'Rayuan Streram kepada pengundi India'

Kempen PH dilihat kurang menekankan Streram sebagai calon pilihan mereka dan sebaliknya memberi tumpuan mempromosikan pemimpin tertinggi parti pemerintah, termasuk Presiden PKR, Anwar Ibrahim, yang merupakan Anggota Parlimen Port Dickson

Rantau adalah kerusi negeri dalam kerusi Parlimen Rembau, yang berhampiran dengan Port Dickson.

Bagaimanapun, Streram dilihat begitu fasih dalam berbahasa Tamil dan dilihat begitu dekat dengan pengundi India, yang mewakili 27 peratus daripada pengundi di Rantau.

SPR dah terima 16 laporan kesalahan


BERNAMA
 


SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan pihak tertentu yang menuduh suruhanjaya itu bersikap ‘berat sebelah’ dan hanya menguatkuasakan undang-undang terhadap satu parti sahaja sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Pengerusinya Azhar Azizan Harun berkata setakat ini, Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya menerima 16 laporan kesalahan berkaitan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang melibatkan kedua-dua parti.

“Ia melibatkan lapan kesalahan daripada parti A dan lapan lagi parti B, semua sama rata, bukan terhadap parti A sahaja atau parti B sahaja, ini adalah fakta… kami SPR adalah satu institusi yang adil,” katanya selepas meninjau proses semakan isi peti undi dan agihan peralatan mengundi kepada Ketua Tempat Mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bandar Sri Sendayan, hari ini.

Beliau berkata, antara 16 kesalahan itu melibatkan kempen tanpa permit serta pemasangan gegantung yang tidak mengikut peraturan.

Bagaimanapun, Azhar Azizan berkata SPR tidak bercadang untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap pihak yang membuat tuduhan itu sebaliknya hanya menasihatkan pihak terbabit menghentikan perbuatan tersebut.

Dalam pada itu, Azhar Azizan berkata, perjalanan kempen PRK DUN Rantau bagi tempoh 13 hari berjalan lancar.

Beliau juga menjangkakan keputusan penuh PRK itu dapat diumum kira-kira 10 malam esok atau lebih awal.

Sebanyak 14 pusat mengundi membabitkan 53 saluran dibuka 8 pagi hingga 5.30 petang esok bagi membolehkan pengundi memilih wakil rakyat baharu.

Sebanyak 20,793 pengundi biasa layak mengundi, selepas 96 peratus daripada 110 pengundi awal terdiri daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia menjalankan tanggungjawab masing-masing Selasa lepas.

Proses pengiraan undi akan dilakukan di Dewan Serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Bandar Sri Sendayan.

PRK DUN Rantau menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH) Dr S. Streram, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan dan dua calon Bebas, suri rumah R. Malarvizhi dan bekas pensyarah Mohd Nor Yassin

Rabu, 10 April 2019

Bekas presiden MIC ramal Mat Hasan bakal PM


   

PRK RANTAU | Bekas presiden MIC Dr S Subramaniam meramalkan kemenangan BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau akan menjadi titik permulaan kepada peralihan kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Malah beliau juga menjangkakan calon BN pada PRK Rantau, Mohamad Hasan bakal dipilih sebagai presiden Umno seterusnya dilantik sebagai perdana menteri sekiranya BN berkuasa semula.

"Dalam politik sentiasa ada perubahan. Kerajaan hari ini mungkin ditukar esok. Maka peluang BN kembali jadi kerajaan sangat cerah.

"Sekiranya BN menang (PRU15), Tok Mat yang kini pemangku presiden Umno yang kemungkinan akan dipilih sebagai presiden Umno seterusnya berpeluang diangkat sebagai perdana menteri," katanya pada ceramah kelompok anjuran MIC di Kampung Baru Segga, Rantau semalam.

Justeru itu katanya adalah wajar bagi pengundi Rantau memilih Mohamad atau lebih mesra dengan panggilan Tok Mat pada hari pengundian 13 April ini.

"Kemenangan dalam PRK ini adalah benih kepada Tok Mat menjadi PM. Untuk itu kamu perlu sokong Tok Mat. Kamu perlu faham ini dan buat yang sepatutnya," jelas bekas menteri kesihatan itu kepada kira-kira 50 orang yang hadir.
PRK Rantau menyaksikan pertandingan empat penjuru melibatkan Mohamad, calon Pakatan Harapan (PH), Dr S Streram dan dua calon bebas, R Malar dan Mohd Nor Yasin.

Kerusi itu kosong selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan untuk mengisytiharkan kemenangan Mohamad pada PRU lepas sebagai terbatal.

Ini berpunca daripada tindakan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menghalang Streram daripada memfailkan kertas pencalonannya pada PRU14.

Sementara itu, Dr Subramaniam berkata kecuaian Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadi punca PRK itu diadakan.

"Ditempat lain juga adanya PRK bagi pelbagai sebab, tapi di sini tidak perlu adakan PRK sekiranya SPR tidak cuai. Saya pasti Tok Mat menang mudah pada PRU14 sekiranya bertanding. Kecuaian SPR punca Tok Mat dikambing hitamkan sehingga menghadapi PRK hari ini," katanya.

Mana 300,000 kaum India tiada kerakyatan?

Dalam perkembangan lain, Dr Subramaniam menyindir Pakatan Harapan (PH) yang sebelum ini mendakwa 300,000 kaum India tidak mempunyai dokumen kerakyatan.

"Saya masih cari 300,000 kaum India yang didakwa tidak mempunyai dokumen.

"Ketika, saya menjadi menteri saya sendiri menyerahkan 3,500 permohonan yang lengkap kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memberi kerakyatan (kepada kaum India).

"Tapi, mereka (PH) kata nak beri kepada 300,000 kaum India, sekarang mereka dah jadi kerajaan selama setahun, saya masih cari di mana 300,000 orang yang disebut," katanya.

Secara berjenaka beliau berkata PH sehingga kini hanya memberikan kerakyatan kepada lapan individu sahaja.

"Kita beri mereka setahun untuk membetulkan, tiada apa yang berlaku. Sekarang kaum India kembali kepada kami," tegasnya.


Mat Hasan: Saya bukan ada darah Minang pun...


   
PRK RANTAU l Bekas menteri besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan menjarakkan dirinya dengan sebuah banglo berbentuk Minangkabau di Seremban 2, yang menurut pengkritik adalah miliknya.

“Dari segi bentuk pun tak sesuai, jika kamu kenali saya... saya bukannya ada darah Minang pun...,” katanya pada sidang akhbar di Rantau hari ini.

Media sosial tular sejak kebelakangan ini dengan dakwaan Mohamad memiliki banglo bernilai kira-kira RM6 juta di Saujana Duta, Seremban 2 yang yang direka dengan bumbung berbentuk Minangkabau.

Mohamad atau juga dikenali sebagai Mat Hasan berkata ketika menjadi menteri besar, beliau meninggalkan dasar lama yang menyaksikan bangunan di Negeri Sembilan dibina mengikut seni bina Minangkabau. Katanya, beliau memilih gaya Melayu Negeri Sembilan.

“Sebab itu masa saya jadi MB, banyak orang marah dengan saya kerana saya telah pun ubah suai supaya rekabentuk rumah Negeri Sembilan ada rekabentuk sendiri.


“Rumah-rumah Melayu Negeri Sembilan, macam rumah saya ada serambi kecil. Rumah Minang melengkung macam ada tanduk,” katanya.

Mohamad merujuk kepada rumahnya di Rantau, yang bersebelahan dengan markas pilihan raya BN di mana sidang akhbar hari ini diadakan, yang dibina mengikut seni bina Melayu Negeri Sembilan.
Mohamad Hasan bergambar di hadapan rumahnya di Rantau
Sebelum ini, calon Pakatan Harapan (PH) Dr S Streram meminta penjelasan Mohamad Hasan berhubung dakwaan calon BN itu memiliki rumah banglo di Seremban 2 yang memiliki rekaan seni bina rumah Minangkabau.

Isu rumah bekas MB itu menjadi perbincangan PRK Rantau selepas Mohamad menyatakan rasa sedih apabila terpaksa meninggalkan kediaman rasminya susulan kekalahan BN pada pilihan raya umum lalu.

Beliau kemudiannya menjelaskan dirinya tidak bermaksud untuk mengatakan tidak mampu membeli rumah.

"Saya kata saya tak ada tempat untuk dituju, bukannya tak ada duit.. Saya lupa beli rumah di Seremban," katanya.

Susulan kenyataan Mohamad itu, tular beberapa gambar dan video di media sosial mendakwa beliau memiliki sebuah banglo di Seremban 2.

PRK Rantau menyaksikan pertandingan empat penjuru yang melibatkan Mohamad, calon Pakatan Harapan Dr S Streram dan dua calon bebas, R Malar dan Mohd Nor Yasin.

Selasa, 9 April 2019

PRK RANTAU: TOK MAD KECAM KEMPEN PERKAUMAN

 Wartawan Watan-Online




Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan mengecam sekeras-kerasnya pihak yang menggunakan nama BN untuk menyebarkan provokasi kebencian dan perkauman.

Beliau berkata perbuatan tersebut dilihat dengan sengaja merosakkan keharmonian kempen yang dijalankan BN terhadap penduduk Rantau yang terdiri daripada pelbagai kaum.

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya bagi pihak BN ‘banner-banner’ provokasi sebegitu rupa, khususnya yang berunsur perkauman. Memang kempen yang dilakukan pihak terdesak sekarang ini ialah menyeru kaum-kaum India jangan mengundi saya.

“Itu yang mereka lakukan, kita dapat laporan dan saya didatangi oleh ramai pemimpin-pemimpin masyarakat orang India bahawa pihak tertentu menjalankan kempen sedemikian rupa.

“Dan ‘banner’, ‘bunting’ saya tak hairan kerana dibuat oleh mereka sendiri untuk membangkitkan kemarahan, sentimen oang-orang India. Dulu masa pilihan raya umum ke-13 saya masih ingat lagi, kuil di dalam estet Linsum dirobohkan oleh mereka sendiri, diupah dan akhirnya dia menuduh kerajaan (ketika itu, BN) yang merobohkan kuil tersebut,” tegas Timbalan Pengerusi BN itu dalam sidang media di Bilik Gerakan BN Rembau, Negeri Sembilan pada Sabtu.

Terdahulu, wujud unsur sabotaj daripada pihak tidak bertanggungjawab dengan menggantung beberapa ‘banner’ yang berunsur provokasi perkauman bagi menyeru orang Melayu jangan mengundi calon PH, Dr Streram dari kaum India.

Mengulas lanjut, Mohamad Hasan yang juga bekas menteri besar Negeri Sembilan berharap pihak yang berkempen supaya tidak ‘menunggang’ kempen politik yang diadakan bagi menganggu gugat perpaduan di Rantau yang dipelihara sejak sekian lama.

“Jadi saya harap supaya benda-benda macam ini jangan kita lakukan terutamanya provokasi-provokasi pilihan raya yang berunsurkan perkauman, merbahaya sebab pilihan raya kecil ini sampai 13 haribulan, lepas tu kita di Rantau akan hidup bersama sebagai satu masyarakat berbilang kaum, berbilang agama.

“Orang luar datang buat provokasi akan menghancurkan keharmonian masyarakat yang telah lama hidup bersama.

“Jadi saya amat kesal dan saya minta pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), polis segera menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pihak yang telah melakukan provokasi yang tidak sepatutnya berlaku,” tegasnya la


PRK Rantau: Polis terima 73 laporan, 15 kertas siasatan dibuka

Sahlizah Mohamed, Astro Awani

PRK Rantau: Polis terima 73 laporan, 15 kertas siasatan dibuka
AHMAD JAMALUDIN: Bagi 15 kertas siasatan yang dibuka adalah di bawah kesalahan pilihan raya dan juga pelbagai kesalahan di bawah Kanun Keseksaan. -Astro AWANI
 

SEREMBAN: Polis mengesahkan menerima 73 laporan sepanjang berlangsungnya kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Jurucakap media dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, Deputi Superintendan Ahmad Jamaludin berkata daripada jumlah itu, sebanyak 15 kertas siasatan telah dibuka.

“Setakat hari ini, kita telah menerima lebih kurang 238 permohonan permit dan kesemuanya telah diluluskan. Selain itu, 73 laporan polis telah diterima dan 15 kertas siasatan dibuka.

“Bagi 15 kertas siasatan yang dibuka adalah di bawah kesalahan pilihan raya dan juga pelbagai kesalahan di bawah Kanun Keseksaan.

“Begitupun, tiada apa yang serius berlaku yang dan semuanya berjalan dengan lancar,” katanya pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Balai Polis Rantau menjelang proses pengundian awal PRK Rantau pada Selasa.

Seramai 110 daripada jumlah keseluruhan 118 pengundi awal bagi PRK Rantau Pilihan akan mengundi pada hari ini.

Mereka merupakan 74 anggota tentera serta pasangan yang akan mengundi di Pangkalan Udara Sendayan dan 36 anggota polis yang akan mengundi di Balai Polis Rantau.

Baki seramai lapan pengundi yang terdiri daripada anggota tentera akan mengundi secara pos.


Isnin, 8 April 2019

Anwar dakwa anak tiri Najib guna US$12j berjudi

Kumara Sabapatty
xMGF07042019_KEMPEN-CALON-PH_12-681x454
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada sembang santai bersama penduduk sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Kampung Sega, Rantau, Negeri Sembilan. foto FAREEZ FADZIL
 

PRK RANTAU – Selepas Datuk Seri Najib Razak, kini anak tiri bekas perdana menteri itu pula menjadi topik ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Rantau hari ini.

Presiden PKR itu mendakwa anak tiri Ahli Parlimen Pekan iaitu Riza Aziz berjudi menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak US$12 juta satu malam di Kasino di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Jika ia dianggap tidak benar, beliau mencabar Najib yang juga bekas pengerusi 1MDB untuk menjawab dakwaan tersebut.

“Riza Aziz ini saya selalu tak sebut, lama tak sebut, di PD (Port Dickson) pun saya tak sebut tapi saya nak sebut di sini sebab nak tengok kalau orang cuba nafi (berjudi), saya nak minta jelaskan.

“Ini serius. Riza Aziz ini nama dia, nama kad pengenalan dia. Dia guna AS$12 juta satu malam di Kasino Caesars Palace, Las Vegas.

“12 juta dolar Amerika Syarikat maknanya RM48 juta hampir 50 juta ringgit satu malam. Bila trace, trace, trace (cari..cari..cari), duit 1MDB. Dia (BN) berceramah masih pertahankan (Najib) lagi. Ini rekod bank, kalau salah saman,” katanya semasa berceramah di Kampung Sega Hilir, Rantau petang tadi.

Beliau turun ke kampung kubu kuat BN UMNO untuk bersantai bersama lebih 150 pengundi Rantau yang turut dihadiri Calon PH Dr. S. Streram.

Menurut beliau, segala laporan mengenai nama, kad pengenalan, tarikh, waktu dan juga nombor akaun bank menunjukkan ia berlaku.

“Itu dia tahu berapa juta dibelanja. Ini dana 1MDB masalahnya digunakan untuk belanja begitu, Ini tak (belum) kira beli-belah apa semuanya.

“Jadi saya tak mahu fitnah, saya baca laporan ini, kalau Najib jawab…jawablah, bukan kita nak reka. Saya hanya ambil daripada report (laporan) dan bagi tahu,” tegasnya lagi. – MalaysiaGazette

Mat Sabu silap cakap, bukan laporan audit tetapi laporan kewangan LTAT

Norlaile Abd Rahman
xMGF21022019_PM-LAWAT-MINDEF_18-681x454
Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR- Menteri Pertahanan Mohamad Sabu mengaku tersilap dengan mengatakan Lembaga Angkatan Tentera (LTAT) sedang dalam proses menyediakan laporan audit yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Sedangkan lembaga itu sedang menyiapkan laporan kewangan tahunan.

“Merujuk kepada ceramah saya di Rantau, Negeri Sembilan malam tadi , saya ingin menjelaskan bahawa saya sebenarnya memaksudkan laporan kewangan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan bukannya laporan audit seperti yang dilaporkan media.

“Laporan kewangan sedang dalam proses disediakan oleh LTAT dan akan dikeluarkan dalam jangkamasa terdekat.

“Segala kekeliruan amat dikesali,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu ketika berucap semasa Ceramah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di Kampung Mambau malam tadi mengatakan Kementerian Pertahanan dijangka mengisytiharkan laporan audit kewangan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bagi tahun 2018 tidak lama lagi.

Katanya, laporan audit LTAT yang diisytiharkan pada tahun lalu tidak menunjukkan prestasi kewangan yang sebenarnya.- MalaysiaGazette

LIHAT VIDEO DI SINI