Khamis, 14 Februari 2019

PAS kecam Siti Kasim selamat kes isyarat lucah

MALAYSIAKINI

   

PAS mengecam tindakan Pejabat Peguam Negara menggugurkan arahan mendakwa peguam Siti Kasim kerana menunjukkan isyarat lucah jari tengah dalam sebuah forum di Shah Alam pada 2016.

“Rakyat berpendapat peguam negara bersikap selektif atas kes berkenaan ekoran wujud hubungan personal antara kedua-duanya.

“Rakyat perlu dijelaskan sebab yang munasabah kerana pengguguran tersebut,” kata ketua penerangannya Nasrudin Hassan.
Nasrudin Hassan
Pejabat Peguam Negara kelmarin menggugurkan arahan pendakwaan selepas menarik semula kertas siasatan kes itu Ahad lalu.

Fadzil Ahmat, pengarah Jabatan Siasatan Jenayah berkata, keputusan itu dibuat selepas mereka meneliti semula segala fakta dan keterangan.




Kenyataan Fadzil dikeluarkan empat hari selepas polis memberitahu peguam bahawa Siti Kasim akan didakwa.

Dalam kenyataan hari ini, Nasrudin berkata sekurang-kurangnya terdapat tiga kes seumpama itu yang dilakukan oleh orang awam dan telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.

Ketiga-tiga mereka telah dihukum penjara dan denda atas kesalahan berikut, katanya,

Susulan itu, kata Nasrudin Pengguguran dakwaan tersebut menyebabkan timbul persepsi negatif dalam kalangan rakyat terhadap Pejabat Peguam Negara.

Siti Kasim, yang terkenal lantang dan penuh kontroversi, menunjukkan isyarat lucah itu selepas diganggu ketika memberikan komen dalam forum penguatkuasaan undang-undang syariah.


Tiada ulasan: