shahbudindotcom
Isu
wang sebanyak RM2,600 juta yang mengalir masuk ke dalam akaun peribadi
Najib Razak dan dikatakan derma terus menjadi perdebatan umum. Ada yang
percaya, tetapi rasanya lebih ramai yang sukar menerimanya semata-mata
sebagai derma ikhlas semata-mata.
Dalam
mesyuarat perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO bahagian-bahagian yang
sebahagian besarnya sudah berlangsung, ia dilaporkan menjadi isu paling
hangat dibincang dan diperdebatkan. Sudah tentu perbincangan itu lebih
menjurus luahan perasaan yang sama iaitu sukar menerima wang sebanyak
itu sebagai derma serta mahukan Najib memberi penjelasan lebih jujur
mengenainya.
Susulan
daripadanya, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dilaporkan mahu
menemui Najib bagi menyampaikan sendiri pandangan keseluruhahan usul
daripada Pemuda bahagian yang dianggap mewakili akar umbi generasi muda
itu.
Sudah
tentu ini merupakan tekanan secara langsung dan isyarat penolakan yang
cuba disampaikan oleh Pemuda UMNO kepada Najib nanti.
Bekas Ketua Wanita UMNO, Rafidah Aziz, walaupun sudah bersara dan mungkin lebih banyak masanya bermain dengan cucu-cucu, turut tidak dapat menahan perasaan daripada meluahkan keraguan terhadap derma sebesar RM2,600 juta itu.
Beliau
lantas melontarkan persoalan, apakah mungkin wujud pakatan tertentu
yang boleh menggugat kedaulatan negara di sebalik wang tersebut?
Persoalan
yang dilontarkan beliau memang ada logiknya untuk difikirkan oleh kita
semua. Mustahil derma sebesar itu tiada apa-apa hasrat terlindungnya?
Walaupun
Nazri Aziz pernah mengatakan derma itu datangnya daripada sebuah negara
kecil yang tidak mampu menggugat Malaysia, kemungkinan negara tersebut
menjadi alat atau perantaraan kuasa besar lain tidak harus diketepikan.
Sebagaimana
wang RM2,600 juta itu juga disimpang-siurkan sebelum berlabuh di
destinasi akhir ke akaun peribadi Najib, tentulah tidak mustahil perkara
yang sama boleh dilakukan oleh kuasa besar atau pihak lain untuk
melundungi identiti mereka.
Apa
pun, peringatan Rafidah itu tidak harus diabaikan begitu saja. Ia
merupakan hak kita untuk menilai dan membuat keputusan mengenainya.
Selain itu, rata-rata rakyat daripada pelbagai kelompok turut meragui dan mempersoalkan mengenai wang tersebut. Suara-suara bantahan dan tidak puas hati boleh didengari di mana-mana saja, tetapi yang paling mengejutkan ialah Orang Asli juga berpendirian sama.
Sebagaimana
yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today, Naib Presiden Jaringan Orang
Asli SeMalaysia, Yusri Ahon berkata, masyarakat Orang Asli turut meragui
mengenai wang tersebut dan ia menjejaskan kepercayaan mereka terhadap
kerajaan berikutan kegagalan Perdana Menteri memberi penjelasan
mengenainya.
Katanya,
jika benar wang tersebut merupakan sumbangan derma daripada negara
Arab, ia tidak sepatutnya dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib,
sebaliknya mestilah melalui akaun organisasi atau parti.
"Sekiranya orang lain menerima wang seperti itu, bukankah ia akan menjadi isu besar?," tanya beliau.
Malu wehh...Orang Asli pun dah cerdik atau lagi cerdik dan boleh memikir antara betul dengan salah.
Walaupun
berita yang disiarkan di Free Malaysia Today itu hanya kecil dan
mungkin tidak disedari oleh banyak pihak, ia sebenarnya memberi nilai
yang bermakna kepada kita semua.
Penyokong Najib yang sekolah tinggi-tinggi tak rasa malu ke?
Kebenaran
tetap kebenaran, Orang Asli pun nampaknya dah tahu menilainya. Lagi
pula negara Islam atau PBB pun hanya dapat "ciput" saja walaupun untuk
memerangi keganasan global.
Janganlah diambil kira Ahmad Maslan yang sanggup "ditembak" dan beberapa Ketua UMNO Bahagian yang berikrar sanggup "mati" demi mempertahankan Najib kerana mereka sebenarnya sudah digelapkan mata dan pandangan berikutan turut menerima habuan daripada RM2,600 juta itu.
Ahmad
Maslan sebagaimana yang didedahkan oleh Sarawak Report dapat RM2 juta,
Shahrir Samad dapat kecil sedikit iaitu RM1 juta dan sudah tentu
Ketua-Ketua UMNO Bahagian lain turut dapat bahagian masing-masing.
2 comments:
Jangan buat orang Asli contoh, kamu pun tak semaju mana, gunakan contoh yg tidak menyinggung pada orang lain
Jangan buat orang Asli contoh, kamu pun tak semaju mana, gunakan contoh yg tidak menyinggung pada orang lain
Post a Comment