RAJINA DHILLON
Teresa Kok mempersoalkan polis yang dikatakan lambat mengambil tindakan terhadap kumpulan anti-Bersih.
KUALA LUMPUR, Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok menyambut baik siasatan ke atas kumpulan anti-Bersih, namun meluahkan rasa kesal terhadap tindakan ke atas kumpulan terbabit yang tidak dibuat lebih awal.
Sementara kumpulan berkenaan akan
dirakamkanm kenyataan jam 3 petang hari ini, Kok berkata tindakan
sepatutnya diambil serta merta oleh Ketua Polis Negara kerana kumpulan
berkenaan secara umum menyatakan akan ‘berlatih’ menggunakan
pisaupanjang dan pedang sebagai persediaan mereka untuk mempertahankan
diri.
“Apa yang dinyatakan oleh (Datuk) Jamal
(Yunos) secara umum itu amat mengejutkan dan hasutan dan dia sepatutnya
ditahan untuk siasatan. Namun maklumbalas daripada Ketua Polis Negara,
Tan Sri Khalid Abu Bakar amat mengecewakan.
“Datuk Jamal boleh katakana mereka
‘pencinta keamanan’, dan mereka tidak akan mencetuskan keganasan, tetapi
adakah pihak polis boleh untuk tidak mengambilk tindakan terhadap
kenyataan secara terbukanya bahawa kumpulan itu akan membawa pisau dan
pedang,” katanya yang merupakan Ahli Parlimen Seputeh.
The Star Online semalam melaporkan, Jamal
berkata terdapat latihan secara tertutup dibuat kepada ahli kumpulan
anti-Bersih malam tadi (Rabu) menggunakan senjata yang dinyatakan.
Menggelarkan diri mereka ‘pencinta
keamanan’, Jamal berkata, seramai 30,000 ahli kumpulan itu akan hadir
pada perhimpunan Bersih 4.
Kok berkata, sebaik sahaja dia membuat
kenyataan itu, polis sepatutnya menyerbu premis mereka dan merampas
senjata yang didakwa digunakan oleh kumpulan itu.
“Khalid perlu tahu bahawa adalah
tanggungjawabnya dalam menguatkuasakan undang-undang dan peraturan di
negara ini dan beliau perlu mengambil langkah pencegahan bagi memastikan
tiada sesiapa yang cuba mencetuskan keganasan,” tambahnya.
Jamal dijangka hadir di IPD Dang Wangi
pada jam 3petang hari ini untuk memberi kenyataan berhubung siasatan
polis ke atas kumpulan anti-Bersih.
No comments:
Post a Comment