DALIA ISMAIL
Kos pengendalian IBS sendiri agak tinggi berikutan kekurangan tenaga mahir dalam mengendalikan sistem rumah pasang siap itu.
KUALA LUMPUR, Penggunaan Sistem Rumah Pasang Siap (IBS) di negara ini tidak memberi jaminan penurunan harga hartanah pada masa hadapan.
Presiden Harta Tanah Dan Persatuan Pemaju
Perumahan (REHDA), Datuk Seri Fateh Iskandar Mohd Mansor berkata, ini
kerana kos pembinaan bukan sahaja melibatkan kos tenaga kerja tetapi
juga membabitkan lain-lain kos.
“Untuk jangka panjang IBS dilihat mampu
mengurangkan kos pembinaan tetapi tidak untuk tempoh awal penggunaan
sistem ini kerana kos permulaan yang tinggi perlu dilabur untuk jentera
dan pengilangan.
“Kekurangan tenaga pakar untuk
mengendalikan IBS pada masa kini akan menyebabkan lebih banyak latihan
pengendalian diperlukan dan ini akan mengakibatkan kos buruh meningkat
sekaligus menyumbang kenaikan kos pembinaan secara keseluruhan,” ujarnya
kepada The Rakyat Post.
Beliau berkata demikian ketika mengulas
mengenai cadangan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) untuk menggunakan
IBS dalam sektor perumahan di negara ini.
Isnin lalu, KRI melalui kajiannya
mendedahkan harga rumah yang terlalu tinggi menyebabkan ia tidak mampu
dimiliki rakyat sekaligus mencadangkan pemaju mengetengahkan IBS di
negara ini.
Pengarah Urusan KRI, Datuk Charon
Mokhzani berkata, polisi perumahan yang tertumpu kepada aspek permintaan
perlu diubah kepada menyelesaikan aspek bekalan yang tidak efisyen.
Fateh Iskandar juga berkata, REHDA sentiasa menyokong sebarang polisi yang dapat membawa kebaikan kepada industri.
“Jika dapat meningkatkan bekalan pasaran
adalah antara langkah terbaik untuk mengawal kenaikan harga rumah tetap
dengan pelbagai beban dan cabaran yang dihadapi oleh pemaju hari ini,
adakalanya sukar untuk meningkatkan produksi,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment