THE RAKYAT POST
Rakaman video
memperlihatkan Azalina menyanyi 'Barisan Nasional (BN) baik (BN good),
Johor budak baik (Johor good boy), Umno budak baik (UMNO good boy)'
dengan mengubah suai lirik lagu original, 'Baek' oleh Joe Flizzow.
KUALA LUMPUR, Satu rakaman amatur mengenai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru dilantik, Datuk Seri Azalina Othman Said menari dan menyanyi `rap’ menjadi viral di media sosial.
Dalam rakaman 35 saat, Azalina menyanyi
‘rap’ bersama penyanyi hip-hop tempatan, Joe Flizzow pada majlis rumah
terbuka Aidilfitri, baru-baru ini.
Rakaman itu memperlihatkan Azalina
menyanyi ‘Barisan Nasional (BN) baik (BN good), Johor budak baik (Johor
good boy), Umno budak baik (UMNO good boy)’ dengan mengubah suai lirik
lagu original, ‘Baek’ oleh Joe Flizzow.
Persembahan menteri itu mendapat maklum
balas yang kurang baik daripada netizens apabila tindakan itu disifatkan
tidak sesuai terutama selepas isu pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin
sebagai Timbalan Perdana Menteri.
“Tak tahu malu betul,” kata Kent Tyhv
“Malu nak tengok (lihat) sampai habis,” kata Normah Dasuki.
Dalam nota berasingan, Azalina diberi
nasihat oleh pendakwah bebas tempatan selepas beliau menyelar
Lembaga
Penapisan Filem (LPF) yang mengharamkan adegan intim dalam filem.
Azalina yang menegaskan masyarakat tidak
boleh berfikiran sempit dan tertanya-tanya, jika semuanya diharamkan
dilaporkan berkata: “Takkan nak bercakap dengan bantal?”
Read more: http://bm.therakyatpost.com/viral/2015/08/03/azalina-rap-baek-dengan-joe-flizzow/#ixzz3hlJGA7pw
No comments:
Post a Comment