KUCHING - Tindakan DAP Sarawak keluar dari PR tidak akan memberi
apa-apa kesan kepada PAS dalam menghadapi pilihan raya negeri Sarawak
nanti, malah sebaliknya ia mungkin akan memberi kesan kepada DAP.
Pesuruhjaya Pas Sarawak, Adam Ahid berkata, selama ini pun semasa bekerjasama dengan DAP di Sarawak, Pas tidak memenangi mana-mana kawasan pada pilihan raya lepas, sedangkan beberapa kemenangan DAP di Sarawak turut dibantu oleh penyokong Pas.
Katanya, Pas Sarawak pula sejak sekian lama mempunyai "Dewan Perhimpunan Penyokong Bukan-Muslim" sebagai salah satu sayap parti yang menyediakan ruang buat golongan bukan Muslim menyertai perjuangannya.
"Apa yang dikhuatiri ialah dengan tindakan DAP memutuskan kerjasama, parti itu mungkin boleh ‘tumbang’ di beberapa kawasan, " kata Adam.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian Mesyuarat Agung Pas Kawasan Petrajaya, yang disempurnakan oleh Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohammad.
"DAP amat mendesak dalam soal hudud ini, kita tidak setuju dengan kehendaknya, itulah punca dia tidak bersama kita di Sarawak," kata Adam.
"Kami di Sarawak menyokong hudud yang dibawa oleh pemimpin Kelantan kerana kami tidak mahu tolak hukum Islam ini.
"Kita parti yang menerajui perjuangan Islam ini bukan berkenaan politik sahaja, bahkan kita nak pertahan hukum ALLAH ini untuk diperjuangkan sampai hari kiamat," tambahnya.
Bulan lepas Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen mengumumkan keputusan DAP negeri untuk keluar daripada PR kerana kecewa dengan tindakan Pas yang mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.
Beliau mendakwa Pas menyeleweng dari dasar bersama PR apabila berhasrat melaksanakan undang-undang berkenaan.
Tempoh penggal Dun Sarawak ketika ini adalah sehingga Jun tahun depan.
DAP memiliki 12 daripada 71 kerusi Dun, manakala Pas tidak pernah memenangi sebarang kerusi pada mana-mana pilihan raya lalu di Sarawak. - Bernama

No comments:
Post a Comment