Saturday, April 18, 2015

‘Dia hubungi kami sebelum, selepas tikam mangsa’


‘Dia hubungi kami sebelum, selepas tikam mangsa’ Suspek tikam pegawai bank (kanan) ketika dibawa anggota bolis ke balai polis. - Foto Sinar Harian
 
 
 
JOHOR BAHRU - Keluarga suspek kes tikam kakitangan sebuah bank di Taman Molek, di sini mengakui lelaki berkenaan mempunyai masalah mental.

Menurut abang suspek, lelaki itu sempat menghubungi keluarga setengah jam sebelum kejadian dan selepas menikam mangsa.

"Dia ada menghubungi kami selepas kejadian dan ingin bercakap dengan anak saudara buat kali terakhir sebelum talian terputus," katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan seorang kakitangan sebuah bank maut ditikam menggunakan pisau oleh pengawal keselamatan yang bertugas di bank berkenaan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kakitangan bank ditikam pengawal keselamatan]



No comments: