Ketika menjadi Perdana Menteri, Pak Lah masih menegur Tun Dr Mahathir walaupun teruk dikritik
PETALING JAYA : Layanan yang diberikan Datuk Seri Najib Tun Razak ke atas Tun Dr Mahathir, selepas dikritik dikatakan lebih teruk berbanding dengan Tun Abdullah Badawi ketika beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kelima.
Menurut bekas Ketua Bahagian UMNO Setiawangsa, Shahbudin Husin, paling tidak penggantinya itu masih bertegur sapa dengan Dr. Mahathir.
“Setidak-tidaknya Pak Lah tidak pernah sampai tergamak tidak mahu bertegur sapa dengan Tun Mahathir,” katanya dalam blog http://shahbudindotcom.blogspot.com
Katanya, pada pandangan umum, ketika Dr Mahathir cuba dikaitkan dengan Jambatan Bengkok, Najib sebaliknya dianggap mempunyai “hati yang bengkok”.
Menurut Shahbudin, tindakan Najib membangkitkan semula isu pembinaan Jambatan Bengkok telah memalukan diri sendiri.
“Ini kerana melalui penjelasan Tun Dr Mahathir itu, beliau dianggap pemungkir janji, sanggup memberi alasan yang tidak dapat dibuktikan dan kemudian melayan bekas Perdana Menteri yang disanjung dunia itu secara tidak wajar, iaitu tidak menegur sapanya selama enam bulan,” tulisnya.
Tambahnya, Najib juga tidak sedar bahawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sendiri pada tahun 2010 juga pernah menyuarakan hasrat supaya dibina semula jambatan itu untuk kepentingan negeri dan rakyat Johor.
No comments:
Post a Comment