MALAYSIAKINI
Pilihan raya kecil Permatang Pauh yang dijadualkan pada 7 Mei depan akan
menjadi medan pertempuran bagi membuktikan parti yang mengamalkan
kesederhanaan untuk memenangi undi daripada kaum Cina.
Daripada 71,890 pengundi di Permatang Pauh, seramai 50,579 orang Melayu
(70.36 peratus), 16,462 Cina (22.9 peratus), 4,532 India (6.3 peratus),
40 Bumiputera Sabah (0.06 peratus), 33 Bumiputera Sarawak (0.05
peratus), 1 Orang Asli (0.01 peratus) dan 243 lain-lain (0.32 peratus).
Ketika melancarkan pusat operasi MCA pada Jumaat lalu, Presidennya Datuk
Seri Liow Tiong Lai dilaporkan berkata, slogan seperti "mempertahan
kepelbagaian" dan "melindungi kesederhanaan" akan digunakan parti itu
untuk memenangi hati pengundi masyarakat Cina.
Menurut laporan media, Liow dilaporkan mengecam tindakan Pakatan yang
didakwanya mengkhianati rakyat dan meminta masyarakat supaya memberi
"semangat positif" kepada MCA bagi melengkapkan pelan transformasi BN.
Sebelum pilihan raya umum 2013, DAP berkata parti itu mampu untuk mengimbangi PAS, tetapi itu bukan masalahnya.
Bagaimanapun, selepas PRU13, senario politik menjadi lebih perkauman dan
keagamaan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ingin
membentangkan rang undang-undang persendirian enakmen hudud di Parlimen,
kata Liow.
Manakala Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee ka Siong dilapor berkata
sasaran utama kempen pilihan raya ini untuk memenangi sokongan kira-kira
17,000 pengundi Cina di Permatang Pauh.
No comments:
Post a Comment