MALAYSIAKINI
BN berdepan kesukaran untuk menang dalam pilihan raya kecil Permatang
Pauh kerana terdapat penyokong fanatik Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata
Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Di mana Anwar penah bertanding (di situ), maka ia cukup sukar, mereka
ada penyokong fanatik di sana," kata Dr Mahathir kepada pemberita.
Bercakap ketika ditemui di satu forum anti peperangan di Pusat Dagangan
Dunia Putra hari ini, tokoh itu berkata penyokong fanatik tidak
mempedulikan mengenai kebenaran.
Katanya, mereka memberi sokongan membuta tuli tanpa mengambil berat
mengenai realiti demi kebenaran. Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan
kebenaran yang dimaksudkannya.
Kerusi Permatang Pauh kosong selepas Anwar dilucutkan kelayakan ekoran
dihukum penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful
Bukhari Azlan.
No comments:
Post a Comment