KUALA LUMPUR: Jenazah Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr. Jamaludin
Jarjis akan disembahyangkan di Masjid Taman Tun Abdul Razak di Ampang,
dekat sini.
Menurut anak arwah, Ikhwan Hafiz Jamaludin, jenazah dijangkakan tiba di masjid berkenaan kira-kira pukul 11.30 pagi.
“Kemudian jenazah akan dibawa pulang ke rumah di The Mines, Seri Kembangan.
“Urusan pengebumian akan dilakukan selepas solat asar di Makam
Pahlawan, Masjid Negara,” katanya ketika ditemui di pekarangan Institut
Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur.
Allahyarham dan lima lagi meninggal dunia selepas terbabit dalam
tragedi halikopter yang dinaikinya terhempas di Semenyih ketika dalam
perjalanan dari Kuantan ke Subang.
Helikopter jenis AS 3655N2 Dauphin (9M-1GB) itu dipandu oleh Kapten Cliff Fournier bersama pembantu.
Pesawat itu di miliki oleh Ipoh Garden Berhad dan dikendalikan oleh Cempaka Aviation.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang medianya
semalam mengarahkan siasatan rapi dan terperinci dilakukan berhubung
tragedi itu.
Beliau berkata, siasatan rapi itu perlu dilakukan untuk mengetahui
punca sebenar kejadian yang mengorbankan individu penting dalam negara.
No comments:
Post a Comment