SHAH ALAM: Hospital Shah Alam yang tertangguh pembinaannya sejak lima
tahun lalu akan mula dibuka kepada orang ramai pada pertengahan
September ini sebelum beroperasi sepenuhnya, Januari depan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, hospital
yang mampu menempatkan 300 katil itu yang kini siap 99 peratus akan
menumpukan kepada perkhidmatan untuk pesakit luar meliputi pelbagai
jenis bidang kepakaran.
Sebelum ini hospital tersebut dijangka beroperasi secara berperingkat mulai Oktober ini selepas tertangguh sejak 2010.
Pembinaan hospital itu diambil alih kontraktor baharu iaitu Gadang
Engineering (M) Sdn Bhd daripada kontraktor asal Sunshine Fleet Sdn Bhd
yang gagal menyiapkan bangunan tersebut sejak 2007.
No comments:
Post a Comment