MALAYSIAKINI
Sekretariat Kita Lawan akan mengadakan himpunan pada 1 Mei depan bagi
menuntut kerajaan memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Menurut Akmal Nasir dari sekretariat tersebut, perhimpunan di Kuala
Lumpur itu mensasarkan seramai satu juta orang untuk menghadirinya.
Beliau yang juga pengarah strategi Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa
ini kerana GST yang bermula minggu lalu merupakan satu cukai yang
zalim.
Turut hadir di sidang media itu ialah beberapa orang aktivis dan
pemimpin Pakatan antaranya, penyelaras Jingga 13 Fariz Musa dan aktivis
Mandeep Singh.
Sekretariat itu juga akan mengadakan siri himpunan jelajah ke seluruh
negara sebagai pengenalan serta memupuk semangat melawan GST ke seluruh
negara.
Lokasi pertama yang dipilih ialah Johor Bahru bertempat di City Square.
Himpunan pengenalan itu akan diadakan jam 4 petang Sabtu depan.
Sebelum ini seketeriat yang sama telah mengadakan himpunan pada 28 Mac lalu bagi menuntut pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sekalipun berdepan pelbagai tindakan termasuk penangkapan beberapa
pemimpin dan aktivis, seketariat itu menganggap protes dari pusat
membeli-belah Sogo ke KLCC tersebut berjaya dan menyifatkan mereka yang
ditahan itu sebagai "simbol keberanian" melawan kezaliman.
No comments:
Post a Comment