Hasan Malek
KOTA BHARU - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek hari ini memberi amaran kepada
peniaga-peniaga bahawa mereka akan dikenakan tindakan tegas jika cuba
mensabotaj pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di negara
ini.
Beliau berkata kementerian itu dan Polis DiRaja Malaysia sentiasa memantau peniaga selepas GST dilaksanakan pada Rabu lepas.
"Jika terbukti usaha mereka menyalahi undang-undang, pihak polis akan ambil tindakan. Saya cukup yakin kematangan fikiran rakyat dan sebahagian besarnya boleh terima sistem GST," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Sembang Pengguna dan majlis penyampaian hadiah Jom Selfie Kempen Beli Barangan Malaysia di sini, hari ini.
Pada majlis berkenaan, Suria Abdullah, 28, dari Kampung Banggu di sini, menerima wang tunai RM2,000 serta sijil penghargaan setelah berjaya menjadi johan pertandingan Jom Selfie! Kempen Beli Barangan Malaysia.
Hasan berkata, mereka yang mengetahui mengenai gerakan mensabotaj pelaksanaan GST perlu untuk membuat aduan terus kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya tindakan segera dapat diambil.
"Saya minta rakyat yang dengar, lihat atau tahu sesuatu cubaan untuk sabotaj supaya terus maklum kepada pihak kita (KPDNKK)," katanya.
Semalam, sebuah portal berita tempatan melaporkan terdapat gerakan pihak tertentu yang bermotifkan politik untuk mensabotaj pelaksanaan GST.
Presiden Pertubuhan Jaringan Cina Malaysia, Ng Lum Yong dilaporkan berkata, pihaknya mendapati banyak kedai runcit, pasar mini dan restoran meletakkan tanda No GST bertujuan menipu pelanggan kononnya mereka tidak mengenakan sistem cukai baharu itu ke atas barang yang dijual. - Bernama

No comments:
Post a Comment