MALAYSIAKINI
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyangkal bahawa proses pemilihan parti itu dicemari kempen kotor.
“Insya-Allah, tak ada, siapa buat kotor tak akan dipilih,” kata Hadi apabila ditanya wartawan dalam satu sidang media hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Asmuni Awi dua hari lepas memberitahu Malaysiakini bahawa kempen kotor dalam pemilihan parti itu sudah bukan lagi rahsia.
Apabila mendengar soalan wartawan mengenai dakwaan Asmuni Awi itu, Hadi
pada mulanya hanya berkata beliau tidak baca berita tersebut.
Namun, apabila wartawan terus bertanya, baru Hadi menyangkal dakwaan itu.
No comments:
Post a Comment