Anggota
bomba memberi rawatan kecemasan kepada Norli yang cedera parah di
kepala selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Degong, semalam.
KAMPAR - Dua lelaki cedera selepas lori dinaiki mereka terbabas dan
melanggar sebatang pokok di Jalan Degong di sini, kelmarin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kampar, Mohd Yamin Naib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.20 pagi dan sebuah jentera dengan kekuatan tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian.
Menurutnya, seorang warga emas yang juga bapa pemandu lori, dikenali sebagai Norli Abdul Kader, 64, mengalami kecederaan parah.
“Setibanya di lokasi kejadian, kami dapati kedua-dua mangsa cedera dan sudah dikeluarkan oleh orang awam.
“Kami segera beri pertolongan kecemasan dengan membalut luka di kepala mangsa,” katanya.
Mohd Yamin berkata, pemandu lori, Azhar Norli, 44, tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Operasi menyelamat tamat kira-kira jam 10.43 pagi dan mangsa diserahkan kepada polis dan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Kampar,” katanya.

No comments:
Post a Comment