Daripada keluar pas pekerja lebih baik kita ambil mereka bekerja
KUALA LUMPUR
– Jika benar cadangan untuk memindahkan Pasar Borong Kuala Lumpur (KL)
yang sudah lebih 20 tahun di Selayang ke lokasi lain, ia pastinya
sedikit sebanyak dapat mengatasi isu kebanjiran perkampungan etnik
Rohingnya di ibu kota dapat diatasi.
Hakikatnya, etnik yang tidak mempunyai
kewarganegaaran itu bukan sahaja berjaya mendominasi Pasar Borong KL
sebaliknya telah mengundang bahaya dalam industri keselamatan makanan
sehingga mengakibatkan kerugian berbilion ringgit kepada negara.
Bagaimanapun timbul pula persoalan lain,
jika mereka tidak lagi dibenarkan bekerja ke mana hala tuju mereka
lagi-lagi ketika penempatan negara ketiga belum dikenal pasti oleh
Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan,
Datuk Seri Dr. Edmund Santhara ketika ditemui MalaysiaGazette berkata,
ada beberapa cadangan dan pelan jangka masa panjang termasuk memindahkan
golongan itu ke kawasan luar bandar seperti ladang.
Ini kerana, kata Edmund, pihaknya
mendapati sektor perladangan ketika ini sedang berdepan dengan
kekurangan tenaga pekerja yang terlalu drastik dan memerlukan pekerja
asing khususnya warga Bangladesh untuk bekerja di ladang mereka.
“Daripada keluar pas pekerjaan baharu,
baik kita kaji kembali dengan agensi-agensi kerajaan dan kementerian
berkaitan sama ada etnik Rohingya boleh diambil bekerja di ladang
menggantikan pekerja asing Bangladesh yang baharu.
“Hal ini secara tidak langsung juga dapat membendung kebanjiran etnik Rohingya di ibu kota,” katanya.
Edmund memberitahu, langkah itu pada
masa sama dapat mewujudkan situasi menang-menang bagi etnik Rohingya
dengan memberikan penempatan sementara menunggu negara ketiga dan sekali
gus menyumbang kepada pembangunan negara.
“Kita guna warga Rohingnya untuk
bangunkan sektor perladangan negara. Jika mereka tinggal di ladang,
perbelanjaan juga tidak banyak, tempat tinggal disediakan tidak perlu
bayar sewa, ada bekalan air, elektrik dan sebagainya.
“Anak-anak mereka juga boleh ke sekolah belajar bahasa Melayu dan Inggeris,” katanya.
Tambah Ahli Parlimen Segamat itu, jika
etnik Rohingya dapat dihantar keluar dari kawasan Pasar Borong KL maka
rakyat tempatan boleh kembali menetap di kawasan tersebut.
“Jika migrasi populasi Rohingya ini
keluar dan masuk ke kawasan luar bandar, rakyat tempatan bukan sahaja
dapat bekerja dan berniaga malah dapat menyewa unit rumah pangsapuri
dengan harga jauh lebih murah dan berpatutan.
“Ketika ini rata-rata Rohingnya duduk
dalam kumpulan besar dalam unit-unit rumah kedai, pangsapuri mahupun
kondominium, mereka juga mampu membayar sewa mencecah beribu-ribu
ringgit.
“Rakyat tempatan sendiri tidak mampu
sama sekali kerana orang kita bukan seperti mereka, duduk ramai-ramai.
Mungkin empat lima orang atau enam sahaja manakala mereka sehingga 20
orang. Jadinya masalah ini juga dapat di atasi,” ujarnya.
Ketika di tanya berapa lama jangkaan
masa akan diambil untuk merealisasikan pelan itu, kata Edmund,
seandainya semua pihak boleh duduk semeja dan mencari penyelesaian
secepat mungkin, ianya boleh dilakukan dalam tempoh enam setahun hingga
setahun dari sekarang.
No comments:
Post a Comment