Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk.
Dia yang lebih dikenali dengan panggilan Siti Kassim berkata peningkatan kes tersebut disebabkan sikap tidak bertanggungjawab mereka yang mengambil minuman berakohol itu.
“Alkohol itu bukan masalah. Tapi peminum yang tidak bertanggungjawab itulah punca masalah sebenar. Begitu juga dengan isu yang melibatkan sekolah tahfiz. Masalahnya adalah disebabkan oleh pihak pengurusan sekolah.
“Kamu (Pas) mahu mengharamkan alkohol hanya kerana menepati kehendak anda, kalau begitu haramkan juga sekolah tahfiz yang telah menyebabkan banyak masalah terhadap anak kecil yang tidak berdosa,” katanya melalui laman Facebook.
Siti Kassim turut berkata parti itu tidak seharusnya menghalang orang lain untuk meminum arak hanya kerana mereka tidak menyukainya.
“Kamu tidak boleh memaksa orang lain untuk akur dengan kehendak moral dan kepercayaan kamu. Hanya kerana kamu tidak menyukainya, jangan halang orang lain untuk menikmatinya (menun arak),” tegasnya lagi.
Pas sebelum ini mencadangkan kerajaan menggantung pengeluaran, perniagaan, dan penjualan arak sehingga “langkah baru” diambil untuk menghalang pemandu memandu dalam keadaan mabuk, susulan kes “menjadi-jadi” mutakhir ini.
Dalam tempoh penggantungan itu, PAS berkata, kerajaan perlu menubuhkan jawatankuasa khas Kabinet melibatkan beberapa kementerian untuk segera tangani kes itu.
“Menurut langkah ini, PAS meminta kastam dan pihak berkuasa tempatan menggantung semua lesen penjualan arak dan minuman beralkohol yang dijual secara terbuka dirangkaian kedai serbaneka 24 jam,” kata Ketua Penerangan Kamaruzaman Mohamad dalam satu kenyataan semalam.
PAS berkata kesalahan memandu dalam keadaan mabuk berpunca daripada kelemahan perundangan sedia ada dan penguatkuasaan, selain sifat pentingkan diri dan degil pemabuk.
“Hal ini telah menjadi satu lagi punca pertambahan kemalangan khasnya kemalangan maut di jalan raya atau di lebuh raya,” katanya.
Sementara itu, PAS menarik perhatian kepada senarai negara mengikut pengambilan alkohol oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
“Malaysia di tempat ke-10 dalam senarai pengambilan alkohol terbanyak dunia,” kata Kamaruzaman.
“Statistik yang dikeluarkan WHO menunjukkan rakyat membelanjakan lebih dari RM2.0 bilion untuk minuman beralkohol dengan purata 15 liter per kapita pada 2016. Pengambilan bir berada pada tahap membimbangkan,”.
Sementara itu, Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong hari ini berkongsi gambar sampul mengandungi pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan melibatkan seksyen berkaitan memandu bawah pengaruh alkohol.
“Sepanjang bulan Mei ini saja, beberapa kemalangan berturut-turut dilaporkan berkaitan pemandu mabuk,” katanya di Facebook.
Wee berkata pejabatnya dalam tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat dan Aidilfitri meneliti semua cadangan berkaitan pindaan itu.
“Pada 1 Jun, saya akan memanggil satu sesi taklimat di kementerian bersama Jabatan Pengangkutan Jalan untuk segera meneliti dan menyemak cadangan pindaan akta berkaitan,” katanya.
Pindaan akta ini mesti dimuktamadkan dalam pertengahan Jun ini, katanya, dengan mengambil kira pandangan orang ramai melalui kajian soal selidik yang sedang dijalankan, sebelum ianya dibentangkan di dalam mesyuarat Kabinet.
* Sumber: Suara TV
MR : Geng PH atau Geng AMANAH?
No comments:
Post a Comment